AS Dan China Beri Isyarat Positif Menjelang Pertemuan Antara Donald Trump dan Xi Jinping!

170

Laporan terkini menunjukkan terdapat tanda-tanda positif dalam rundingan hubungan perdagangan AS-China dimana dapat menatijahkan kepada pertemuan antara Donald Trump dan Xi Jinping pada akhir bulan ini.

Pada hari ini Perdana Menteri China, Li Keqiang telah bertemu dengan para delegasi Amerika Syarikat termasuk Penasihat Kesalamatan Negara, Robert O’Brien dan Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Ross di Bangkok.

Presiden AS Donald Trump turut memberitahu beliau akan bertemu dengan rakan sejawatnya, Presiden China Xi Jinping di sebuah lokasi dalam AS yang berkemungkinan bertempat di negeri pertanian Iowa untuk menandatangani perjanjian tersebut. Walaubagaimanapun, menurut kenyataan salah seorang pegawai China, setakat ini belum ada kata putus mengenai perjanjian tersebut.

Dalam temubual dengan Bloomberg pada hari Ahad, Ross telah mengeluarkan kenyataan yang optimis bahawa Amerika Syarikat tekad dalam memuktamadkan perjanjian perdagangan fasa pertama dan menandatanganinya dalam bulan ini. Beliau juga mengatakan lesen kebenaran untuk syarikat-syarikat AS menjual barangan komponen kepada Huawei akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini.

“Keadaan ekonomi Amerika Syarikat berada dalam keadaan baik dan rundingan perdagangan menunjukkan kemajuan. Justeru tiada sebab yang kukuh bahawa rundingan ini akan gagal. Walaubagaimanapun, kebarangkalian kegagalan itu tetap ada.”- Wilbur Ross.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat