Asas Kripto: Fahami Apa Itu Lejer Kripto

969

Ledger dalam kripto merujuk kepada rekod urus niaga yang terkandung dalam blockchain tanpa dimanipulasi oleh orang ketiga. Pelabur yang berurusan akan dapat melihat senarai transaksi yang berlaku untuk setiap aset kripto mereka itu.

Apabila seseorang individu membuat transaksi dalam blockchain, transaksi tersebut akan direkodkan dalam ledger blockchain bersama maklumat yang berkaitan seperti masa transaksi, jumlah yang dihantar, alamat pengirim dan penerima, serta bilangan pengesahan rangkaian semasa.

Dalam pada itu, memastikan privasi identiti pelanggan, transaksi dan rekod wang adalah selamat serta dapat mengelakkan daripada segala jenis penipuan, misalnya ancaman penggodam.

Hal ini kerana, proses yang sukar diperlukan penggodam untuk menghasilkan sesuatu yang melebihi kuasa pengkomputeran bagi membuat perubahan dalam blockchain untuk faedahnya sendiri.

Public ledger diperkenalkan untuk mengasingkan pembayaran melalui kad. Difahamkan bahawa, identiti atau rekod wang kad tersebut tidak akan dirahsiakan apabila melakukan pembayaran menggunakan kad.

Pengguna juga memerlukan orang ketiga semasa melakukan transaksi, iaitu bank akan menyemak identiti serta baki kad pengguna terlebih dahulu sebelum dapat meneruskan pembeliannya.

Sebaliknya, public ledger menyingkirkan sepenuhnya isu tersebut. Public ledger akan disusun ke dalam rantaian panjang blok maklumat. Pemprosesan urus niaga wang dalam block juga tidak bergantung pada mana-mana medium tambahan seperti bank.

Apabila pembeli dan penjual terlibat dalam transaksi, blockchain akan mengesahkan ketulenan akaun mereka. Ini dilakukan dengan penggunaan public ledger yang akan menyemak sama ada dana itu tersedia untuk meneruskan urus niaga.

Walaupun begitu, jika dana tidak tersedia dalam akaun pembeli, maka penjualan akan terhalang serta menjadikan pembelian adalah mustahil.

Selain itu, public ledger membuat pengesahan urus niaga melalui miners. Dalam konteks ini, miners dirujuk sebagai komputer. Komputer akan dipautkan secara langsung dengan rangkaian dan sentiasa menyemak sama ada transaksi yang dibuat adalah sah atau tidak.

Setiap pengguna yang membuat transaksi menggunakan ledger akan dilakukan dengan cara yang sangat kriptografi dan akan menghantarnya ke komputer.

Sehubungan itu, komputer (miners) akan mendapat beberapa transaksi yang boleh dipasang ke dalam blok, blok ini kemudiannya menjalani proses matematikal untuk pengesahannya.

Konklusinya, public ledger merupakan tulang belakang blockchain yang akan menjadikan teknologi baharu itu unik serta mempunyai potensi untuk masa hadapan.

Ciri-cirinya yang terdesentralisasi, telus, selamat dan boleh dipercayai membuatkan ramai individu lebih selesa membuat transaksi atau pembayaran melalui public ledger.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat