Belanjawan AS Biden Punca BTC Derita Ke $20,000!

289

“Pelabur makin penat, sebabkan Biden habis pasaran kripto musnah.”

Semasa pembentangan rasmi bajet dicadangkan untuk tahun fiskal 2024, Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menyokong penghapusan subsidi cukai untuk pelabur mata wang kripto, perniagaan hartanah termasuk sektor minyak dan gas.

Biden telah membuat cadangan pembukaannya pada hari Khamis dengan menggariskan belanjawan yang mampu mengurangkan defisit sebanyak $5.5 trilion dalam tempoh sepuluh tahun akan datang.

Menerusi kenyataan White House, belanjawan baharu tersebut yang akan menghapuskan subsidi cukai untuk pelabur kripto dapat menjimatkan $24 bilion.

Subsidi itu yang lebih dikenali sebagai “Tax-loss harvesting strategy” membenarkan pelabur menjual kripto pada kerugian dan ambil kerugian cukai untuk kurangkan beban cukainya, tetapi mereka boleh beli semula aset digital serupa pada masa akan datang.

Sementara pelabur kripto turut berupaya memanfaatkan tax-loss harvesting, di mana mereka perlu uruskan portfolio dan menjual pegangannya yang tidak menguntungkan seterusnya dapat kurangkan pendapatan bercukai serta kekalkan lebih banyak pendapatan.

Namun, Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri (IRS) yang menyedari kelemahan tersebut telah memberi amaran kepada pelabur kripto untuk tidak terlibat dalam penjualan aset digital pada kerugian dan kemudian membelinya semula.

Kebanyakan pelabur kripto turut terkejut apabila Presiden Biden mengenakan cukai 30% ke atas semua elektrik digunakan untuk mining Bitcoin dan aset digital lain.

Rentetan itu, harga BTC mengalami tekanan jualan ketara apabila menjunam sebanyak 7.55% pada paras $20,054 dalam tempoh 24 jam lalu ekoran pelabur berpusu-pusu menjual pegangannya sebagai sebahagian pelaksanaan belanjawan baharu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat