Bertambah Buruk! USD Terus Terperosok Ke Bawah

651

Kelemahan US dolar berlanjutan pada hari Jumaat selepas data inflasi pengeluar Amerika Syarikat menolak raja mata wang itu lebih jauh ke bawah.

Indeks harga pengeluar (PPI) merosot ketara kepada 2.7% tahun ke tahun pada bulan Mac, daripada 4.9% yang dicatatkan sebelumnya dan tersasar daripada jangkaan untuk meningkat 3%.

Hal ini sekali gus menguatkan keyakinan pasaran untuk Federal Reserve (Fed) menamatkan kitaran pengetatannya tidak lama lagi.

Ini ditambah pula dengan data inflasi pengguna tahunan AS yang turut menurun kepada 5% pada bulan lalu daripada 6% sebelumnya.

Sementara itu, jumlah tuntutan pengangguran pula meningkat sebanyak 239,000 pada minggu lalu yang merupakan paras tertinggi sejak Januari 2022.

Pada sesi Asia, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan mata wang utama didagangkan pada 100.95, paras terendah 2 bulan.

Menyusuli kemerosotan greenback, euro menokok lebih tinggi ke paras ketinggian baharu 2 bulan dengan didagangkan kukuh pada sekitar harga 1.1050 pada sesi Asia.

Dagangan pound turut mengekalkan pengukuhan di puncak tertinggi 10 bulan untuk diniagakan pada 1.2520 berbanding US dolar walaupun data terbaru menunjukkan ekonomi UK tidak berkembang pada bulan Februari.

Selain itu, dolar Aussie mendaki lebih jauh ke paras tertinggi satu bulan, dan dolar New Zealand pula paling kuat 2 bulan berbanding dolar greenback.

Dalam pada itu, dagangan dolar Kanada juga tertinggi 2 bulan, di samping mendapat sokongan daripada pengukuhan berterusan dalam harga minyak mentah.

Yen turut meningkat tetapi kenaikannya terus dibataskan oleh jangkaan bahawa Bank of Japan (BOJ) akan kekal dovish dengan dasar monetarinya yang longgar.

Penerbitan data jualan runcit dan keyakinan pengguna AS akan menjadi tumpuan seterusnya pada sesi New York sebelum penutup dagangan akhir minggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat