US Dolar Kecundang, Ini Perkara Trader Perlu Tahu Kalau Tak Mahu ‘Terciduk’

560

Pada Selasa, pasaran memberi tumpuan kepada data PMI sektor pembuatan dan perkhidmatan yang diterbitkan untuk penilaian bagi bulan April ini.

Secara keseluruhannya, bacaan data untuk sektor perkhidmatan adalah lebih cemerlang dengan angka yang rata-rata meningkat Perancis, Jerman serta UK.

Sementara, angka untuk sektor pembuatan kurang memuaskan menunjukkan penguncupan pada sektor tersebut berbanding bulan lepas.

Foku untuk bacaan bagi Amerika Syarikat (AS) pula, bacaan PMI bagi kedua-dua sektor menunjukkan penurunan dengan sektor pembuatan telah susut di bawah paras 50 mata.

Ini telah memberi impak negatif terhadap pergerakan US dolar yang memaparkan penyusutan nilai yang agak ketara di sesi New York semalam.

Tambahan sentimen pasaran yang semakin memulih, telah mengurangkan tarikan terhadap permintaan US dolar sebagai safe-haven dalam pasaran.

Pergerakan semasa ini dilihat berlawanan dengan corak minggu lalu ketika pasaran membuat keputusan dagangan berdasarkan jangkaan Federal Reserve (Fed) untuk mengekalkan kadar faedah yang tinggi.

Justeru, petunjuk seterusnya perlu diperhatikan pada minggu ini iaitu menerusi bacaan pertumbuhan ekonomi AS bagi suku pertama 2024 dan juga indeks harga PCE di penghujung minggu.

Dalam suasana penyusutan US dolar ini, kelebihan akan dimanfaatkan oleh mata wang utama lain untuk memulihkan nilai dagangan masing-masing.

Euro meningkat ke paras tertinggi 2 minggu berbanding US dolar sementara Pound meningkat pulih selepas kejatuhan ke paras terendah 5 bulan.

Dolar Aussie meneruskan peningkatan dari awal minggu namun pelabur akan berhati-hati dengan meneliti impak data inflasi Australia yang diterbitkan di sesi Asia pagi ini.

Yen antara mata wang yang menjadi tumpuan pasaran ketika ini apabila didagangkan di paras terendah 34 tahun berbanding US dolar.

Pelabur berwaspada menantikan langkah campur tangan Jepun ke dalam pasaran yang akan membuatkan pergerakan drastik berlaku.

Dagangan emas dilihat pulih di sesi New York semalam apabila harga meningkat semula selepas jatuh mencecah paras $2,300.

Namun harga kekal didagangkan rendah berbanding pembukaan awal minggu dengan corak penurunan yang dipaparkan membuatkan pelabur dalam keadaan berwaspada.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat