BTC Bakal Terbang Ke $40,000 Sekiranya 2,300 Bank AS Muflis!

700

“Semakin banyak bank runtuh baru harga BTC dijangka naik tinggi.”

Seorang penganalisis menjangkakan harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) bakal tembus melebihi $40,000 susulan 2,300 institusi kewangan mungkin akan memiliki lebih banyak liabiliti berbanding aset kesan daripada krisis perbankan yang dialami oleh Amerika Syarikat (AS).

Walaupun perbendaharaan AS dan Federal Reserve (Fed) berkata masalah itu adalah khusus kepada individual bank sahaja, pakar memberi amaran keadaan itu mampu menjadi lebih buruk apabila bank pusat secara berterusan bertindak agresif untuk menangani inflasi.

Selain Perbadanan Insurans Deposit Persekutuan (FDIC) memerlukan bailout* sendiri susulan hanya mempunyai aset $127 bilion, White House pula dilaporkan tidak menawarkan jaminan menyeluruh untuk semua deposit kerana ia nampak seperti kebajikan sosial untuk orang kaya.

*bantuan kewangan kepada perniagaan atau ekonomi yang gagal untuk menyelamatkannya daripada keruntuhan

Oleh demikian, Lindsey Johnson, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Jurubank Pengguna menggesa Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) AS membanteras strategi jualan short yang menjana keuntungan apabila saham bank merosot.

Difahamkan, sesetengah pelabur mungkin beralih kepada BTC sebagai kaedah untuk melindungi aset mereka jika beribu-ribu bank di AS mengalami keruntuhan ditambah pula pendirian pentadbiran Joe Biden terhadap kripto.

Menurut pegawai kanan agensi, SEC pada masa ini enggan melaksanakan sebarang larangan terhadap jualan short saham bank susulan tindakan itu sebenarnya tidak banyak membantu dalam membendung pasaran saham kewangan yang semakin hilang kawalan.

Pun begitu, harga kripto termasuk BTC mampu menaik apabila institusi kewangan mendesak SEC untuk mengambil tindakan terhadap short-seller seterusnya menggoyahkan keyakinan rakyat AS pada sistem kewangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat