Mata wang Utama Terus Bermaharajalela, USD Masih Terkulai Layu!

533

Kebanyakan mata wang utama terus mencatatkan pengukuhan di sebalik dagangan raja US dolar yang kekal melemah pada sesi Eropah.

Ini diperlihatkan pada dagangan dolar Aussie yang terus melanjutkan kenaikan untuk mengukuh pada paras ketinggian 3 minggu, manakala dolar kiwi pula tertinggi 5 minggu berbanding greenback.

Jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) mungkin akan menghentikan kenaikan kadar faedahnya terus memberi tekanan buat dagangan US dolar walaupun telah ditunjukkan oleh data pekerjaan NFP yang lebih baik pada bulan April.

Pelabur seterusnya akan memberi tumpuan kepada keluaran data inflasi Amerika Syarikat pada hari Rabu sebagai petunjuk lebih jelas kepada jangkaan penetapan dasar Fed akan datang.

Beralih ke pergerakan pasaran lebih luas, mata wang euro juga dilihat meneruskan peningkatan untuk didagangkan lebih tinggi pada sekitar harga 1.1050 berbanding US dolar.

Dagangan pound pula kekal mempertahankan pengukuhannya di paras tertinggi satu tahun dengan pelabur kini mengambil langkah waspada menjelang mesyuarat polisi Bank of England (BOE) pada hari Khamis.

Berbeza pula dengan mata wang yen yang sedikit merosot susulan laporan minit mesyuarat Bank of Japan (BOJ) yang memberi isyarat bercampur-campur mengenai dasar monetari dan inflasi.

Selain itu, dolar Kanada kekal mengukuh di paras tertinggi 3 minggu berbanding US dolar di tengah-tengah dagangan minyak mentah yang lebih kuat.

Dengan ketiadaan data ekonomi utama pada sesi Eropah dan New York, pergerakan pasaran mungkin akan terus dipengaruhi oleh sentimen pasaran semasa.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat