Analisis GOLD – Dari Rekod Tertinggi, Emas Junam Semula Sampai $2,000!

911

Minggu lalu adalah yang penuh dramatik buat dagangan emas dengan pergerakan yang di luar jangkaan telah dipamerkan untuk para pelabur.

Emas telah berjaya memecah rekod harga tertinggi sepanjang masa dan paras tertinggi terbaru buat emas kini adalah pada $2,080.

Ini menyusuli kesan lonjakan harga emas selepas mesyuarat FOMC pada awal Khamis yang lalu.

Namun cerita berbeza pula pada Jumaat sebelum menutup dagangan minggu tersebut ketika tumpuan terarah pula kepada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS).

Susulan bacaan laporan yang memberangsangkan untuk bulan April, US dolar telah berjaya mengukuh dan sekaligus turut memberi tekanan kepada emas yang mengalami penyusutan harga.

Dapat diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dengan terjunan harga kembali mencecah semula paras 2000.00.

Penurunan harga yang berlaku itu dilihat telah menutup keuntungan yang berlaku pada dagangan sebelumnya ketika harga merekodkan paras ketinggian terbaru.

Harga memulakan terjunan dari paras sekitar 2050.00 dan telah menembusi paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD yang menjadi petanda bagi perubahan trend bearish.

Sebaik terjunan menyentuh sahaja paras 2000.00, harga emas dilihat melantun semula sebelum kemudiannya menutup dagangan sesi terakhir itu sekitar 2015.00.

Corak kenaikan perlahan dipamerkan pada dagangan yang bersambung pada minggu yang baru ini, namun masih kekal di bawah halangan MA50 sehingga ke sesi Eropah.

Penganalisis menjangkakan penurunan harga boleh diteruskan lagi, namun akan menilai sama ada harga akan susut lebih rendah di bawah paras tumpuan 2000.00 tersebut.

Jika benar, pergerakan bearish harga akan dijangka diteruskan dengan sasaran seterusnya untuk harga menuju sehingga 1950.00.

Namun jika harga berjaya membuat kenaikan melepasi halangan MA50, berkemungkinan paras 2050.00 akan kembali dicapai semula.

Dengan petunjuk bullish buat harga, kenaikan yang berjaya diteruskan bakal mencabar rekod ketinggian yang telah dicatatkan minggu lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat