Warren Buffett Akhirnya Bersuara Tentang ‘Dedollarization’!

997

Warren Buffett akhirnya membuka mulut mengenai isu dedollarization yang semakin hangat diperkatakan di seluruh dunia.

Jutawan dan ikon pelaburan terkemuka itu dengan tenang mengatakan bahawa dolar AS tidak berisiko kehilangan statusnya sebagai mata wang rizab dunia.

Ujarnya, dolar Amerika adalah mata wang rizab dan beliau tidak melihat terdapat pilihan mata wang lain untuk dijadikan mata wang rizab.

Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa Buffet tidak bimbang tentang risiko dedollarization atau negara lain yang kurang bergantung pada dolar AS.

Sebaliknya, Pengerusi Berkshire Hathaway itu memberi amaran tentang perbelanjaan agresif kerajaan Amerika Syarikat supaya tidak menghakis nilai dolar dengan berbelanja terlalu banyak dan menyemarakkan inflasi. 

Menurut Buffet, orang ramai perlu yakin bahawa simpanan mereka akan mengekalkan sebahagian besar kuasa beli dari semasa ke semasa. 

Jika tidak, mereka akan mengelak daripada menyimpan wang di bank atau mengumpul dana persaraan.

Sementara itu, rakan kongsi perniagaan Buffet, iaitu Charlie Munger pula berkata bahawa AS tidak sepatutnya mengambil risiko dengan berbelanja terlalu banyak.

“Ia adalah kegilaan untuk kerajaan terus mencetak wang”, ujarnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat