BTC Cecah $25K, Namun Harapan Pasaran Tidak Kesampaian! Ini Yang Berlaku

414

Bitcoin akhirnya berjaya mencecah $25,000 pada hari Ahad semalam namun kegembiraan merebut semula paras harga tertinggi bulan Jun hanyalah sementara. Harga BTC telah meningkat daripada $24,882 kepada $25,000, bacaan kali terakhir dilihat pada awal Jun, dan kini didagangkan pada $24,685.

Bitcoin mencatatkan penurunan bulanan terbesar sejak 2011 pada bulan Jun di mana ia merosot lebih 37.3% dan bernilai $19,925 pada akhir bulan. Sejak itu ia telah memperoleh semula sedikit nilainya dan menguji $25,000 buat kali pertama sejak hari tersebut.

Walaupun turun 46.5% daripada paras tertinggi sebelumnya, Bitcoin terus mendominasi carta, tetapi penguasaannya telah berkurangan kepada hanya kira-kira 40% berbanding lebih daripada 50% beberapa bulan lalu.

Masih belum jelas adakah BTC akan menuntut semula paras $30k atau tidak kerana sesetengah pakar lebih cenderung kepada pengabungan Ethereum pada bulan hadapan.

Baru-baru ini, kebanyakan mata wang kripto telah meningkat dan jumlah permodalan pasaran hampir kepada $1.20 trilion selepas menurun kepada kurang daripada satu trilion beberapa bulan lalu apabila pasaran dilanda beberapa episod malang.

Malangnya lonjakan melebihi $25,000 ke paras tertinggi baru dua bulan tidak kekal lama, dengan kehilangan nilai lebih daripada $1,000 dalam masa beberapa jam. Kebanyakan altcoin juga berada dalam paras merah hari ini, selepas mencatatkan keuntungan.

Sejak penurunan harga di bawah $23,500 pada akhir minggu lepas, BTC telah menunjukkan prestasi yang agak baik. Aset itu bertindak balas serta-merta terhadap penurunan itu dan menghampiri $25,000 menjelang Sabtu.

Pasaran terus memberi perhatian pada pergerakan harga Bitcoin.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat