BTC Maintain $70K, Update Terkini Didedahkan!

732

“BTC asyik bergerak di julat yang sama, adakah harganya akan tiba-tiba naik atau turun?”

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) mengekalkan kedudukannya di atas $71,000 apabila komen daripada Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell dalam temu bual Persidangan Makroekonomi dan Dasar Monetari di San Francisco kelihatan tenang terhadap inflasi serta prospek ekonomi.

Ini adalah peristiwa penting bagi aset berisiko seperti kripto susulan Fed didapati tidak tergesa-gesa untuk memotong kadar faedah, tetapi Jun 2024 menjadi taruhan jangkaan kegemaran pasaran lebih luas mengenai pemotongan pertama yang akan berlaku.

Sementara 29 Mac 2024 turut menyaksikan cetakan terkini Indeks Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) yang juga dikenali sebagai tolok inflasi pilihan Fed, di mana ia dilaporkan sepadan dengan jangkaan pada 2.5%.

Menerusi pemerhatian, trader dan penganalisis popular Rekt Capital menjangkakan $69,000 adalah penutup harga mingguan untuk BTC manakala rakan trader Kevin Svenson ramal harganya akan melebihi paras tertinggi sepanjang masa berhampiran $74,000.

Pada sisi berbeza, pengkritik dan ahli perniagaan kripto terkemuka Peter Schiff mendedahkan golongan muda lebih berminat BTC daripada emas susulan ia mungkin mencatatkan lebih banyak pertumbuhan semasa jangka hayat yang singkat.

Buktinya dapat dilihat bagaimana spot BTC ETF berjaya mengatasi prestasi emas ETF beberapa minggu selepas Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) meluluskan produk paling dinanti-nantikan tersebut pada Januari 2024.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 1.77% pada paras $71,134 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion seterusnya mencatatkan kenaikan 6.85% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat