Suku Pertama 2024 Berakhir, Ini Ulasan Powell Tentang Ekonomi Amerika & ‘Cut Rates’!

479

Minggu lalu menjadi penutup dagangan bagi bulan Mac dan juga menandakan berakhirnya suku tahun yang pertama bagi tahun 2024 ini.

Memerhati pergerakan mata wang US dolar untuk 3 bulan yang pertama, pembukaan 2024 memaparkan prestasi cemerlang buat raja mata wang itu pada Januari disokong oleh data-data ekonomi yang kukuh.

Situasi berubah pada Februari apabila penyusutan US dolar kembali dilihat semula sehingga memasuki tempoh awal pembukaan dagangan bulan Mac.

Namun untuk beberapa minggu terakhir Mac, US dolar dilihat kembali pulih dari kerugiannya ketika pasaran terus memerhatikan petunjuk terbaru berkenaan dasar monetari bank pusat.

Ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell menjadi tumpuan pada penutup minggu lalu selepas menilai laporan data indeks harga PCE yang diterbitkan.

Menurut Powell, bacaan data tersebut adalah selari dengan jangkaan iaitu menepati ramalan untuk perlahan kepada 0.3% untuk Februari dari paras 0.5% di bulan sebelumnya yang dikemas kini meningkat.

Powell memberi pandangan bahawa tindakan menurunkan kadar faedah terlalu cepat boleh mencetuskan gangguan sementara menunggu terlalu lama pula boleh merosakkan ekonomi dan pasaran pekerjaan.

Ekonomi Amerika Syarikat (AS) masih kukuh dan tidak perlu tergesa-gesa untuk langkah pemotongan kadar dilaksanakan. Membuat keputusan yang tepat adalah lebih penting.

Petunjuk seterusnya akan diperhatikan oleh Fed pada minggu ini menerusi laporan data pekerjaan NFP untuk Mac pada Jumaat, namun sebelum itu akan menyusul dahulu beberapa data penting termasuk data ADP dan tinjauan ISM.

Untuk perkembangan pasaran komoditi, dagangan emas masih belum berhenti untuk memberi kejutan kepada para pelabur pada pembukaan minggu ini.

Harga emas meneruskan pemburuan rekod tertinggi sepanjang masa dalam sejarah pada pagi ini dengan paras semasa telah dicapai sekitar $2,250.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat