Cardano (ADA) Positif Disebabkan Faktor Ini!

139

“Pelabur harap bukan harapan palsu, takut tiba-tiba naik laju lepas tu turun laju pula.”

Selepas menghadapi kejatuhan ketara sepanjang tahun 2022, mata wang kripto Cardano (ADA) berjaya bangkit semula di awal pembukaan 2023 ini apabila harganya lonjak sebanyak 7% dalam tempoh 24 jam lalu sementara jumlah dagangannya pula menembusi $250 juta.

Reaksi positif tersebut adalah susulan daripada whales yang telah membeli sejumlah besar ADA dan tidak dilupakan juga perkembangan ekosistem ADA DeFi.

Whales terbesar Binance Smart Chain (BSC) didapati mula berminat dengan aset digital itu apabila bertindak membeli sebanyak 19.9 juta ADA bernilai $5.19 juta dalam tempoh 24 jam terakhir.

Manakala, Total Value Locked* (TVL) ADA meningkat ke paras $52.53 berbanding paras terendahnya sebelum ini pada $48.95.

*Salah satu petunjuk utama untuk membantu memahami nilai protokol kontrak pintar

Jika diperhatikan dari sudut aktiviti pembangunan pula, ADA merupakan antara protokol paling aktif diikuti dengan Polkadot (DOT) dan Cosmos (ATOM).

Buktinya, aktiviti pembangunan ADA dalam perkhidmatan pengehosan internet, GitHub mencatatkan peningkatan melebihi 18% pada bulan November lepas.

Setakat penulisan ini, harga ADA raih sebanyak 0.2% berlegar pada zon $0.26 dalam tempoh 1 jam lalu, namun menyaksikan penyusutan sikit berbanding sebelum ini paras tertingginya adalah pada $0.28.

Secara keseluruhannya, aset digital itu dilaporkan membuat pemulihan satu pertiga pada Januari tahun baharu selepas lesap lebih 25% nilainya pada awal Disember 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat