Celo (CELO) Bawakan Manfaat Kepada Pengguna Smartphone!

495

Celo adalah ekosistem blockchain yang memberi tumpuan dalam meningkatkan penggunaan matawang kripto dalam kalangan pengguna smartphone.

Rangkaian ini membolehkan penciptaan kontrak pintar dan aplikasi yang tidak berpusat (DApps) sebagai sebahagian daripada desentralisasi kewangan (DeFi), mainnetnya dilancarkan pada April 2020.

Pada asalnya Celo diasaskan oleh satu pasukan yang terdiri daripada MIT, Stanford, Google, Square, Circle, Visa, GoDaddy, World Bank, Federal Reserve Bank, Harvard University, University of Pennsylvania Law School, Cambridge University, U.S. Department of Justice, Bank Of America, Capital One, Twitter, Give Directly, and the Gates Foundation.

Sementara itu, teliti carta pergerakan semasa harga CELO/USDT.

Sejak pembukaan pasaran pada Januari 2021, rangkaian Celo menunjukkan rekod yang konsisten menghasilkan lebih 300% kenaikan dalam tempoh 4 bulan sehingga membuat paras ketinggian sepanjang masa (ATH) di paras harga $7.24 pada 21 April 2021.

Kenaikan tersebut mendapat impak setelah Deutsche Telekom membuat pembelian token Celo dalam jumlah yang besar menerusi dana pelaburan strategik, Telekom Innovation Pool pada 20 April yang lalu.

Namun pergerakan untuk meneruskan kenaikan terhalang selepas Tesla menghentikan pembayaran Bitcoin dan China mengharamkan perdagangan matawang kripto, susut sehingga ke paras sokongan sekitar $2.40.

Pandangan sudut teknikal, Celo kini sedang bermain diruangan support untuk mencapai zon SBR (support become resistance) sekitar $3.20 dimana zon tersebut dilihat sukar ditembusi oleh Celo.

Sekiranya pergerakan harga Celo berjaya untuk melepasi paras rintangan tersebut, zon SBR seterusnya sekitar $3.80-$4.00 bakal diuji terlebih dahulu sebelum kembali membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Membimbangkan, jika pergerakan harga terus menyaksikan trend bearish dan menembusi paras sokongan sekitar $2.20, pergerakan harga dijangka bakal kembali meneruskan penurunan sehingga menguji paras terendah yang pernah dicatatkan sebelum ini.

Ketika penulisan, CELO/USDT didagangkan pada $2.54, susut 2% dalam tempoh 24 jam. Koin kini berada di kedudukan ke-103 pada carta kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto CELO/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat