ChainSafe Perkenalkan Polkadot Index Network Token (PINT)

894

ChainSafe mengumumkan mereka bakal membangunkan PINT atau dikenali sebagai Polkadot Index Network Token dengan kerjasama penyedia perkhidmatan staking, Stateless Money dan organisasi DeFi, StakerDAO.

Ciri yang diperkenalkan token ini akan mendedahkan pelabur kepada aset dan projek pada skop yang lebih luas dan di rangkaian Polkadot.

Tidak cukup dengan itu, token indeks Polkadot itu juga membolehkan parachains memilih untuk memperuntukkan sebahagian token mereka ke PINT yang mana akan memberi lebih manfaat termasuk:

  • Melindungi ketidaktentuan token projek sambil berharap kepada peningkatan keseluruhan ekosistem Polkadot tanpa memerlukan pengurusan modal yang aktif
  • Pengaksesan terhadap kewangan dari perbendaharaan PINT untuk Parachain Lease Offerings (PLO), yang boleh jadi mahal dalam kebanyakan kes

Terdapat empat struktur organisasi PINT:

  • ChainSafe akan mendapat rakan pembangun utama untuk PINT
  • Stateless Money bertanggungjawab ke atas usaha koordinasi PINT
  • PINT Council yang terdiri daripada 7 pakar ekosistem Polkadot akan fokus kepada pemerintahannya
  • Constituent Committee terdiri daripada satu wakil dari setiap projek bertanggungjawab untuk menilai dan berkuasa veto ke atas keputusan Majlis PINT

Setakat ini, sudah ada enam projek hebat bersedia untuk terlibat dalam indeks ini dan menjadi wakil bagi Constituent Committee termasuklah Acala, Equilibrium, HydraDX, Litentry, Moonbeam dan Plasm.

PINT boleh didagangkan di pertukaran desentralisasi (DEX) apabila dilancarkan kelak dan boleh dilombong menggunakan token natif Polkadot, DOT. Ketika penulisan, DOT didagangkan pada $42.95, susut lebih 1% dalam 24 jam.

Bagaimanapun, masih belum ada tarikh rasmi pelancaran tersebut. Tetapi dijangka akan bersiaran dalam tiga bulan lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat