China & Hong Kong Akan Ganaskan Pasaran Kripto – Arthur Hayes

202

China merupakan salah satu negara yang berkembang pesat mendalami mata wang kripto dengan syarikat gergasi exchanger kripto, Binance Holdings Ltd yang juga merupakan firma mining Bitcoin (BTC) terbesar telah berjaya memberi sumbangan besar kepada negara itu.

Walaupun begitu, tindakan Beijing mengharamkan sebarang perdagangan kripto serta mining pada tahun lalu telah membuatkan pasaran kripto di China menjadi suram.

Menurut Arthur Hayes, co-founder BitMEX menyatakan bahawa pelabuhan laut dalam di Pearl River Delta Hong Kong yang menjadi lokasi pertemuan China dan Barat telah memberi peluang besar kepada negara itu untuk membangunkan pasarannya ke serata dunia.

Tambahnya lagi, pengharaman di Tanah Besar China bakal mewujudkan undang-undang kripto yang kurang mesra di Hong Kong, walaupun kelemahan ekonomi seharusnya membolehkan negara tersebut menubuhkan syarikat kripto.

Sungguhpun China kini tidak aktif dalam pasaran kripto, negara itu tidak melupakannya susulan keadaan geopolitik global telah mendesak China bertindak membuat sesuatu ke atas dolar yang diperoleh setiap bulan daripada aktiviti eksport.

Malah, Hong Kong yang menjadi lokasi pro-crypto telah membenarkan Beijing menangani masalah USD China dengan kaedah yang tidak akan menjejaskan kestabilan sistem kewangan dalaman.

Sementara itu, Hayes yakin bahawa dasar yang dibuat oleh kerajaan China akan menentukan sama ada negara tersebut mampu membangunkan pasaran kewangan dan kripto termasuklah mengatasi Singapura daripada penguasaan arus politik.

Difahamkan juga bahawa pengawal selia di Tanah Besar China, pengarah pelesenan dan ketua unit fintech Securities and Futures Commission (SFC) Hong Kong sedang membuat kajian dalam membenarkan para pelabur runcit melabur secara langsung dalam aset kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat