‘Demand’ ETH Sikit Berbanding BTC! – Ketua Aset Digital BlackRock

342

“Memang semua suka BTC, itu ibu segala kripto kot.”

BlackRock, firma gergasi pengurusan aset mendedahkan pelanggannya mempunyai minat yang sedikit dalam mata wang kripto Ethereum (ETH) berbanding Bitcoin (BTC), kata Robert Mitchnick yang merupakan Ketua Aset Digital.

Semasa di persidangan Bitcoin Investor Day di New York pada Jumaat, Mitchnick berkata pangkalan penggunanya lebih memberi tumpuan nombor satu pada BTC dan sedikit sahaja bagi ETH kemudian sangat-sangat sedikit untuk aset digital lain.

Susulan ditanya sama ada Blackrock akan melancarkan ETF berkaitan memecoin dogwifhat (WIF) dalam masa terdekat ini atau tidak, Mitchnick menegaskan bahawa terdapat salah tanggapan daripada kripto tersebut dan itu sebenarnya bukanlah perkara ingin difokuskan mereka.

BlackRock berjaya mencetuskan keyakinan dalam pasaran kripto pada Januari 2024 sejurus selepas firma tersebut memperoleh kelulusan bagi menawarkan spot BTC ETF dipanggil Bitcoin Fund (IBIT) kepada pelabur.

Dalam masa kurang daripada dua bulan dagangan, BlackRock menjadi salah satu daripada lima ETF teratas susulan dana tersebut menarik $15 bilion dalam aset yang jauh lebih tinggi berbanding mana-mana sembilan dana lain.

Berbalik pada Mitchnick, beliau berpendapat sebahagian daripada sebab mengapa BlackRock menentang BTC sebelum ini kemudian mula memutuskan melancarkan BTC ETC adalah kerana pelanggannya yang konsisten menunjukkan minatnya terhadap BTC biarpun pasaran bull atau bear.

Tambahnya lagi, beliau juga sangat kecewa berhubung betapa sukarnya untuk mendapatkan pendedahan pada aset digital.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat