EUR/USD Susut Ke Paras Terendah 3 Minggu, Uji Zon Penting $1.0800

165

Pengukuhan US dolar berterusan sehingga ke dagangan sesi terakhir minggu lalu selepas situasi pasaran berubah.

Pada mulanya mesyuarat FOMC yang dovish telah memudarkan kekuatan US dolar dan menjangkakan kemerosotan raja mata wang itu akan berlanjutan.

Namun sebaliknya yang berlaku selepas kejutan penurunan kadar faedah oleh bank pusat Switzerland yang mencetuskan sedikit panik dalam pasaran, sekaligus meningkatkan permintaan terhadap US dolar sebagai mata wang safe-haven.

US dolar kukuh untuk 2 hari berturut-turut dan menekan kebanyakan mata wang utama lain ke paras terendah terbaru beberapa minggu.

Termasuk Euro, pelabur memerhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD yang susut ke paras terendah 3 minggu.

Jika diperhati pada minggu lepas, lonjakan harga selepas mesyuarat FOMC menjangkakan kenaikan lebih tinggi akan berlaku, sebaliknya harga telah susut semula dan sehingga ke sesi terakhir minggu itu, harga telah menghampiri zon tumpuan RBS (resistance become support) pada 1.08000.

Pergerakan harga berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu mencadangkan untuk trend bearish buat harga.

Harga berlegar perlahan di atas zon 1.08000 pada pembukaan dagangan awal minggu ini di sesi Asia.

Jika harga susut di bawah zon itu, corak penurunan minggu lalu bakal diteruskan lagi dengan sasaran seterusnya harga adalah untuk menuju 1.07000.

Namun sebaliknya jika harga melantun membuat kenaikan selepas ini, melepasi halangan MA50 akan menjangkakan zon sekitar 1.09000 bakal diuji.

Mendaki lebih tinggi melepasi halangan-halangan berikut akan memberi isyarat pergerakan bullish buat harga semula.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat