Emas Catatkan Keuntungan Hambar, Risiko Ketegangan Geopolitik Kekal Pemacu Utama

525

Emas kekal didagangkan di atas pertengahan $2,100 semasa sesi dagangan awal Asia pada hari Isnin. Pemulihan logam kuning itu disokong oleh kemungkinan lebih tinggi bahawa Federal Reserve (Fed) boleh mula memotong kadar faedah akhir tahun ini.

Pasaran kini menantikan laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS untuk suku keempat 2023 sebagai dorongan baru yang dianggarkan kekal stabil pada 3.2%.

Harga emas kini didagangkan pada paras $2,168 iaitu naik sebanyak 0.15% sejak pembukaan dagangan pagi tadi.

Pada minggu lepas, Fed membiarkan kadar faedah penanda arasnya tidak berubah untuk mesyuarat kali kelima berturut-turut pada julat 5.25% hingga 5.50% untuk Mac.

Pengerusi Fed, Jerome Powell membayangkan bahawa bank pusat berada di landasan untuk tiga pemotongan kadar faedah bagi 2024 dan hal ini akan mendorong lebih banyak permintaan pelabur untuk menaikkan harga emas.

Para pelabur telah menetapkan ramalan sebanyak 72% bahawa Fed akan mula memotong kadarnya dalam mesyuarat Jun. Ia meningkat daripada 65% pada sebelumnya.

Tambahan pula, ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Ukraine mungkin akan terus meningkatkan harga logam kuning tersebut.

Semalam, penyimpanan gas bawah tanah di Ukraine telah diserang oleh peluru berpandu Rusia ke atas kawasan kasiliti kuasa.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy berkata percubaan untuk memulihkan bekalan kuasa sedang dijalankan di Kharkiv iaitu bandar kedua terbesar di Ukraine.

Buat masa ini, para pelabur emas akan memperhatikan dengan teliti angka pertumbuhan KDNK AS untuk suku keempat tahun ini. Jika laporan itu menunjukkan data yang lebih kukuh daripada jangkaan, ini boleh memberikan sedikit sokongan kepada mata wang dolar AS dan membebankan emas.

Pada hari Jumaat, pasaran akan ditutup untuk sambutan Good Friday.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat