Do Kwon Jual Berjuta-Juta BTC Untuk Tanggung Kos Peguam?

241

“Hmmm tak boleh buat apa sebab setiap tindakan Kwon mesti mencurigakan.”

Penganalisis mempersoalkan sama ada Do Kwon berhasrat mengumpul dana untuk peguam setelah mendapati bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terraform Labs itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini memindahkan berjuta-juta Bitcoin (BTC) dan mata wang kripto lain.

Pada bulan lalu, rakan sekutu Kwon dilaporkan menjual BTC disambungkan kepada Luna Foundation sejurus selepas memindahkan 5,292 aset digital tersebut ke wallet lain.

Selain memindahkan 239 BTC daripada jumlahnya 5,292 BTC yang disambungkan kepada Luna Foundation Guard, Kwon turut melaksanakan pemindahan lain dan kekal aktif dalam pasaran kripto walaupun beliau dipenjarakan di Montenegro.

Bukan itu sahaja, beliau turut memindahkan 1.8 juta Convex Finance (CVX) bernilai $8.7 juta dan address wallet “bc1qs6” pada masa ini telah memegang sebanyak 5,036 BTC berharga $146 juta setelah selesai buat sejumlah pemindahan ke “bc1q42”.

Kemudian, Kwon dan Terraform Labs yang diserang secara rahsia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) telah memindahkan 10,000 BTC ke cold wallet seterusnya pada bank kripto Sygnum dan bertindak mengeluarkan berjuta-juta dolar.

Pemindahan berterusan itu telah berlaku semasa peguam Kwon dan Terraform Labs memfailkan usul untuk menolak tuntutan SEC melalui keputusan Hakim Analisa Torres dalam Summary Judgment Ripple, tetapi malangnya rancangan itu gagal.

Setakat ini, Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan sedang berusaha mengekstradisi Kwon atas tuduhan penipuan namun prosesnya dijangka agak sukar susulan kedua-dua negara itu tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Montenegro.

Bagaimanapun, Do Kwon akan berdepan hukuman penjara sehingga 40 tahun di Korea Selatan selepas dibebaskan dari penjara Montenegro ekoran mahkamah tingginya berkemungkinan berusaha mengekstradisi beliau ke negara asalnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat