Thailand ‘Buang’ USD, Tingkat Penggunaan Yuan & Ringgit

1,885

Berikutan ketidaktentuan dalam perubahan mata wang baht berbanding dolar Amerika, Thailand mendedahkan rancangannya untuk mengurangkan penggunaan raja mata wang itu dalam perdagangan dan pelaburan.

Sebaliknya, ia akan menggalakkan penggunaan yuan dan mata wang Asia lain, menurut Penolong Gabenor Alisara Mahasandana pada minggu lepas.

Penggunaan lebih banyak mata wang serantau dijangkakan oleh bank pusat Thailand (BOT) yang akan membantu mengurangkan risiko pertukaran memandangkan ia bergerak sejajar dengan baht.

Ini bukan pertama kali rancangan tersebut didedahkan, namun Thailand berupaya melakukannya sekarang susulan momentum yang diperoleh daripada pengaturan bank pusat dua hala dan pembangunan infrastruktur kewangan.

Thailand yang bergantung kepada perdagangan dan pelancongan, menyertai beberapa negara lain yang telah mengambil langkah untuk mengurangkan penggunaan dolar Amerika.

Difahamkan, BOT telah bekerjasama dengan negara serantau termasuk China, Malaysia dan Indonesia bagi mempromosikan mata wang tempatan di negara mereka.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat