DOGE Menyalak Lemah, Jatuh 75% Sejak “The Dogefather” Buat Penampilan Di SNL

170

Dogecoin (DOGE) masih berpotensi menjadi mata wang kripto sepuluh teratas, namun telah mengalami kerugian terburuk dalam nilaian USD dan juga Bitcoin (BTC) sejak penampilan jutawan Elon Musk dalam Saturday Night Live (SNL).

Buktinya, pasangan dagangan DOGE/BTC jatuh 75% selepas memuncak 1,287 satoshis pada 9 Mei 2021 iaitu sehari selepas Musk menjadi hos tetamu pada SNL yang bertajuk “The Dogefather”.

Sebelum kemunculannya di program tersebut, beliau sentiasa tweet meme Dogecoin dan imej yang membantu mata wang kripto tersebut mencapai modal pasaran sehingga $90 bilion pada Mei 2021, malah memperoleh keuntungan lebih 36,000% dalam masa dua tahun sahaja.

Walaupun pelabur optimis dengan Musk yang mengatakan DOGE akan mendorong 106 juta pengikutnya untuk membeli token meme tersebut, tetapi beliau melakukan perkara yang tidak dijangka dengan memanggil DOGE sebagai “hustle”.

Hal ini menyebabkan harga DOGE menurun daripada paras tertinggi sekali gus meneruskan aliran menurunnya sehingga kini, iaitu jatuh lebih daripada 90% berbanding dolar AS selepas memuncak ke paras $0.76 pada Mei 2021.

Sejak itu, Musk melakukan pelbagai usaha untuk memulihkan minat orang ramai terhadap DOGE, antaranya bekerjasama dengan pembangun DOGE dalam meningkatkan kecekapan transaksi blockchain dan menerima pembayaran DOGE untuk membeli barangan merchandise Tesla, telah mendorong kenaikan harga jangka pendek.

Oleh demikian, pelabur mula mengabaikan pendapat Musk terhadap DOGE dan menumpukan perhatian terhadap kenaikan kadar faedah Federal Reserve yang memberi tekanan menurun pada mata wang kripto, saham dan aset berisiko.

Intihanya, DOGE boleh turun 40% berbanding dolar kerana paras sokongan dilihat penganalisis adalah pada sekitar $0.048 dan $0.036.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat