Dogecoin ‘Mati’ Tanpa Elon Musk?

103

Manja sangat DOGE ni, asyik kena bergantung dengan Musk je bila nak berdikari.”

Memecoin terbesar Dogecoin (DOGE) menyaksikan junaman lebih 10% pada zon harga $0.07 selepas jutawan Elon Musk membuat poll di akaun Twitter miliknya baru-baru ini mengenai adakah beliau patut meletak jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter.

Terdahulu semasa Musk secara rasminya membeli platform media sosial tersebut pada bulan Oktober lalu, DOGE pantas membuat lonjakan pada paras $0.14, namun sebaliknya berlaku apabila beliau bertindak sebegini pula.

Suka dimaklumkan bahawa memecoin itu telah mencatat harga paling memberangsangkan pada tahun ini dengan mencecah $0.73 tetapi teruskan penyusutan 90% menjelang Jun 2022.

Musk yang sebelum ini berhasrat melaksanakan sistem pembayaran dalam Twitter telah memberi keterujaan kepada pelabur DOGE yang berpandangan beliau akan gunakan aset digital itu dalam pembaharuan tersebut.

Sementara Jack Dorsey dan Sam Bankman-Fried (SBF) turut meramal Twitter berpotensi untuk berkembang jika berada di bawah pimpinan Musk, bilamana SBF ingin melabur $3 bilion dalam platform itu.

Berbalik kepada penerangan asal, tindakan Musk berkenaan poll tersebut telah cetuskan persoalan dalam kalangan pelabur mengenai cara kepimpinannya terhadap Twitter yang sehingga kini tidak mempunyai sebarang perkembangan.

Pool berikut adalah bertujuan untuk mendapat pendapat di Twitter bagi melihat pandangan berbeza masyarkat tentang pelbagai dasar platform itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat