Eh, GBP/USD Dah Nak Berubah Trend?

148

Pelabur bakal mengambil langkah berwaspada untuk dagangan pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD selepas petunjuk awal untuk perubahan trend muncul semalam.

Selepas pergerakan mendatar pada Isnin, lonjakan mula dipamerkan pada sesi Eropah semalam lebih 100 pips melepasi paras 1.24000.

Harga pada mulanya sedikit menurun ke paras 1.23300 pada sesi Asia semalam, sebelum lonjakan kembali harga melepasi paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD yang memadam jangkaan untuk harga susut ke bawah.

Ini didorong oleh tumpuan pasaran kepada perkembangan siling hutang yang beralih seketika terhadap data-data ekonomi tumpuan yang akan diterbitkan termasuk laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS).

Perjanjian siling hutang tersebut masih perlu menantikan undian di Dewan dan Senat sebelum perjanjian ditandatangani.

Data ekonomi China yang diterbitkan suram di sesi Asia pagi ini pula (Rabu), dilihat sedikit menyokong semula US dolar sebagai mata wang safe-haven yang mendapat permintaan apabila kebimbangan melanda pasaran.

Harga berlegar di sekitar zon 1.24000 dan kenaikan lebih tinggi boleh diteruskan jika US dolar semakin lemah pada sesi-sesi selepas ini.

Kenaikan harga dijangkakan menuju ke paras 1.25000 dan jika ditembusi, harga akan meneruskan pendakian ke zon tumpuan seterusnya pada 1.26000.

Sebaliknya jika US dolar kembali kukuh, harga yang ditekan turun di bawah sokongan MA50 akan memberi isyarat untuk harga menyambung semula trend bearish sebelum ini.

Harga bakal menguji zon sokongan pada 1.23000 dan tembus lebih rendah, paras terendah terbaru bakal dicatatkan dengan sasaran adalah ke sekitar 1.22000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat