ETH Tak Sabar Nak Tembus $2K, Apa Cabaran Perlu Dilaluinya?

161

“Mesti pelabur dah nak tertidur harga ETH asyik berlegar kat paras sama je.”

Mata wang kripto Ethereum (ETH) yang masih terperangkap di bawah paras $2,000 telah menyebabkan Mike McGlone, Pakar Strategi Makro Kanan Perisikan Bloomberg berkata bahawa harganya perlu memecah paras itu untuk mendaki lebih tinggi.

Menerusi kenyataan McGlone dalam akaun Twitter miliknya, $2,000 adalah zon rintangan kuatnya susulan harga gagal menembusinya walaupun indeks saham NASDAQ 100 cecah paras tertinggi 52 minggu pada suku kedua.

Namun, seluruh pasaran kripto termasuk ETH dan saham teknologi pada Jun 2022 menyaksikan kejatuhan apabila kedua-dua aset tersebut mengalami tekanan makroekonomi yang agak lama pada tahun lepas.

Oleh demikian, McGlone berpandangan ETH harus bergantung pada indeks saham untuk bangkit semula walaupun pelabur sering kali membandingkan aset digital tersebut ataupun altcoin lain dengan sekuriti teknologi.

Bukan sahaja menasihati pelabur untuk melihat altcoin sebagai aset teroka, pelabur terkenal Bill Miller dan Paul Tudor Jones telah mentakrifkan Bitcoin (BTC) sebagai aset safe-haven, lindung nilai inflasi dan bentuk penentangan terhadap kegagalan bank.

Memang tidak dinafikan korelasi BTC dengan emas sejak kebelakangan ini telah meningkat selepas kedua-dua aset digital itu melonjak setelah banyak bank mengalami kejatuhan pada Mac 2023, tetapi malangnya korelasinya bersama saham menurun.

Rentetan itu, di sini dapat lihat bahawa kenaikan saham teknologi bukan penentu untuk harga ETH atau kripto lain menaik.

Setakat penulisan ini, harga ETH menjunam sebanyak 0.12% pada paras $1,834 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $220 bilion seterusnya merekodkan penurunan 2.28% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat