Harga Emas Buat Hal Lagi!

547

Harga emas kembali melantun dari paras terendah untuk didagangkan lebih tinggi ketika pasaran menuju penghujung minggu.

Sesi Asia dihiasi dengan kilauan logam berharga emas yang diperdagangkan kukuh pada sekitar harga $1,965 per auns, manakala niaga hadapan emas $1,979 per auns.

Terdahulu, logam kuning itu telah mencatatkan pemulihan dari paras terendahnya $1,940 dengan melonjak semula ke paras harga $1,970 per auns.

Ini disokong oleh penyusutan dalam dagangan dolar greenback dan hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang merosot ke paras 3.73%.

Data yang dikeluarkan pada sesi New York menunjukkan jumlah tuntutan pengangguran mingguan Amerika Syarikat meningkat ke paras tertinggi sejak 2021.

Walaupun hanya satu data itu sahaja, tetapi pasaran menganggapnya sebagai petanda bahawa ekonomi AS semakin perlahan dan kadar faedah Federal Reserve (Fed) telah memuncak.

Pelabur kini mengurangkan kemungkinan untuk kenaikan kadar sebanyak 25 mata asas pada minggu depan kepada 26%, menurut alat CME FedWatch.

Namun, masih ada satu lagi data yang perlu dilihat oleh pelabur yang paling utama iaitu laporan inflasi pengguna pada Selasa minggu depan sebelum keputusan mesyuarat polisi FOMC awal pagi Khamis.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat