EUR/USD Tiba-Tiba Terpacak Balik!

315

US dolar ketara lemah didagangkan pada sesi New York semalam susulan reaksi pasaran ke atas data tuntutan faedah pengangguran Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.

Angka pertambahan tuntutan pada minggu lalu meningkat kepada 261,000 berbanding 233,000 sebelum ini.

Ini kembali menambah kecenderungan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar faedah tidak berubah berbanding untuk meningkatkannya.

Pergerakan pasaran boleh jadi tidak menentu sehingga ke sesi terakhir minggu ini berikutan kebimbangan menjelang data inflasi AS dan mesyuarat FOMC pada minggu hadapan.

Dapat dilihat pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam dengan lonjakan jelas harga mencatatkan kenaikan harian sekitar 80 pips.

Harga melonjak dari paras 1.07000 hingga ke paras 1.07800 sebelum perlahan menyambung dagangan pembukaan sesi Asia pagi ini (Jumaat) di sekitar tersebut.

Dengan lonjakan harga tersebut serta pergerakan di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD akan terus memberi isyarat bullish buat harga.

Kenaikan semalam dilihat telah berjaya melepasi ketinggian pada minggu lalu dan kini bakal menguji zon 1.08000 pula untuk menyambung kenaikan lebih tinggi.

Jika berjaya lepasinya, harga akan mensasarkan kenaikan menuju zon tumpuan seterusnya pada 1.09000.

Namun, tidak mustahil pelabur dikejutkan semula dengan penurunan semula di penutup dagangan penghujung minggu ini.

Harga berkemungkinan boleh kembali semula ke paras 1.07000 sebelum melanjutkan penurunan menuju zon 1.06000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat