Pelabur Masih Buntu? Ini Beberapa Ramalan Untuk BTC!

234

“Agaknya sampai bila harga BTC nak mendatar je?”

Susulan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) semakin bertindak agresif terhadap pasaran mata wang kripto, para pedagang menjangkakan harga Bitcoin (BTC) termasuk Ethereum (ETH) bakal menyaksikan pergerakan mendatar dalam tempoh beberapa minggu.

Memang tidak dinafikan harga BTC bergantung pada aktiviti pasaran dan faktor makroekonomi, tetapi pedagang meramalkan aset digital tersebut akan melepasi $30,000 ataupun lebih lagi menjelang Ogos 2023.

Di samping penganalisis popular Credible Crypto berpandangan BTC mampu melonjak tinggi jika berjaya tembus $27,500, kebanyakan whales pula mula membeli aset digital itu semasa harganya turun disebabkan isu Binance dan Coinbase.

Setakat ini, harga BTC dan ETH kekal di bawah tekanan susulan Jabatan Perbendaharaan AS dijangka mengeluarkan $1 trilion dalam bil perbendaharaan menjelang akhir suku ketiga yang mungkin akan beri kesan kepada seluruh pasaran kripto.

Namun, terbitan data Indeks Harga Pengguna (CPI), Indeks Harga pengeluar (PPI) dan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada minggu depan boleh bantu pedagang menentukan reaksi pasaran kripto untuk beberapa minggu akan datang.

Suka dimaklumkan juga bahawa wallet yang tidak aktif lebih 10 tahun telah bertindak memindahkan 1,432 BTC bernilai $37.8 juta ke address baharu.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 0.41% pada paras $26,550 dalam tempoh 24 jam lalu manakala ETH pula raih sekitar 0.43$% pada $1,846 tetapi tetap mencatatkan penurunan 1.25% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat