USD Berdarah Menuju Dagangan Hujung Minggu!

442

Kesuraman menyelubungi dagangan US dolar pada hari Jumaat selepas raja mata wang itu susut lebih rendah susulan data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat yang melonjak ke paras tertinggi 2021.

Walaupun hanya satu data itu sahaja, tetapi pasaran menganggapnya sebagai petanda bahawa ekonomi AS semakin perlahan dan kadar faedah Federal Reserve (Fed) telah memuncak.

Pelabur kini mengurangkan kemungkinan untuk kenaikan kadar sebanyak 25 mata asas pada minggu depan kepada 26%, menurut alat CME FedWatch.

Bagaimanapun, masih ada satu lagi data yang perlu dilihat oleh pelabur yang paling utama iaitu laporan inflasi pengguna pada Selasa minggu depan sebelum keputusan mesyuarat polisi FOMC awal pagi Khamis.

Susulan penyusutan greenback, mata wang euro dan pound melonjak ke paras tertinggi dua minggu dan tiga minggu berbanding US dolar masing-masing.

Pelabur euro nampaknya mengetepikan data yang menunjukkan Zon Eropah telah memasuki kemelesetan susulan dua bacaan penguncupan berturut-turut dalam data keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Sementara itu, dolar Aussie terus melanjutkan pengukuhan untuk didagangkan pada paras terkuat empat minggu, manakala dolar New Zealand pula stabil di paras tertinggi satu minggu berbanding greenback.

Dolar Kanada pula kekal kukuh di paras ketinggian empat minggu berbanding US dolar menjelang penerbitan data pekerjaan Kanada pada sesi New York akan datang.

Mata wang yen turut meraih pengukuhan berikutan kelemahan US dolar dengan pelabur kini memberi tumpuan kepada mesyuarat Bank of Japan (BOJ) pada minggu depan.

Dalam pada itu, mata wang swiss franc melonjak tinggi selepas pengerusi Swiss National Bank (SNB) menegaskan komitmennya untuk memerangi inflasi yang degil, sekali gus ditafsirkan oleh pelabur bahawa bank pusat itu akan menaikkan kadar faedah.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat