EUR/JPY Tembus Angkasa, Ini Paras Tertinggi Sejak 2008!

189

Tahukah anda pada minggu ini, harga pada carta pasangan mata wang EUR/JPY berjaya pecah rekod ketinggian terbaru lagi sejak 2008?

Situasi ini telah dijangka oleh trader penggemar carta itu berikutan berlangsungnya mesyuarat polisi bagi kedua-dua bank pusat European Central Bank (ECB) serta Bank of Japan (BOJ).

Mata wang Euro kukuh selepas ECB menaikkan kadar faedah semalam dengan menyatakan bakal berlaku beberapa lagi kenaikan kadar pada mesyuarat-mesyuarat berikutnya.

Sementara, BOJ pula menepati ramalan untuk mengekalkan kadar faedah dan dasar yang longgar, mendorong penyusutan terhadap Yen seperti yang dijangkakan.

Oleh itu, pergerakan harga pada carta EUR/JPY kekal berada pada landasan trend kenaikannya dan berjaya mengatasi ketinggian dicapai pada Mei lalu.

Lonjakan yang telah melepasi paras 153.00 semalam dilihat menyambung lagi kenaikan sehingga setakat awal sesi Eropah hari ini (Jumaat) ke sekitar 154.00.

Momentum masih dikekalkan dan pelabur tidak melihat sebarang petunjuk baru untuk perubahan trend yang boleh berlaku, namun tetap perlu waspada risiko pada dagangan di sesi akhir penghujung minggu.

Kenaikan lebih tinggi boleh dijangkakan untuk harga mencapai sehingga 157.00 untuk terus memburu rekod terbaru.

Sementara, jika harga menjunam semula dan melepasi paras sokongan MA50, ini akan menjadi petanda awal untuk perubahan trend bearish pada carta tersebut.

Penurunan lebih rendah akan menuju zon RBS (resistance become support) pada 151.00 yang dijangka akan mengundang reaksi harga di sekitar kawasan itu.

Seterusnya, paras 150.00 juga dilihat sebagai tumpuan yang akan diuji oleh harga pada corak penurunan yang diteruskan.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat