Pendapatan Tidak Seindah Dibayangkan, Saham Top Glove Tersungkur!

632

Dagangan sesi petang Bursa Malaysia memperlihatkan penyusutan ketara dalam saham Top Glove selepas terkesan oleh laporan pendapatan suku ketiganya yang kurang baik.

Top Glove susut 11% kepada 97 sen, menjadi antara saham yang paling aktif didagangkan dengan volum dagangan berjumlah 108.56 juta setakat waktu penulisan.

Pada suku ketiga yang berakhir pada 31 Mei 2023, pembuat sarung tangan itu melaporkan kerugian bersih RM130.59 juta berbanding keuntungan RM15.29 juta yang dicatatkan tempoh sama setahun lalu.

Bagaimanapun dari suku ke suku, kerugian bersih yang lebih rendah pada RM130.59 juta pada suku ketiga, lebih baik daripada kejatuhan RM164.67 juta tahun lepas.

Angka yang lebih baik itu disokong oleh peningkatan dalam harga jualan purata (ASP) sarung tangan dan pengoptimuman kualiti serta kos untuk menyelaraskan operasinya.

Sementara hasil bagi suku tersebut pula dilaporkan jatuh kepada RM530.62 juta daripada RM1.49 bilion setahun sebelumnya.

Bagi tempoh sembilan bulan terkumpul, Top Glove mencatatkan kerugian bersih RM463.49 juta, berbanding keuntungan bersih RM288.5 juta setahun sebelumnya.

Hasil turut menyusut 61.2% kepada RM1.78 bilion daripada RM4.58 bilion bagi tempoh tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat