EUR/USD Sambung Kenaikan, Tumpuan Terarah Pada Data CPI AS!

152

Krisis keruntuhan Silicon Valley Bank (SVB) dan Signature Bank telah mengundang situasi panik dalam pasaran namun cuba untuk diredakan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Dikatakan bahawa krisis tersebut berlaku berpunca daripada kesan kenaikan kadar faedah yang agresif oleh bank pusat sebelum ini.

Kini pelabur mula melihat jangkaan bahawa tiada kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) akan dilaksanakan pada mesyuarat Mac.

Ini telah memberi kesan penyusutan ketara US dolar yang menyambung dagangan pada pembukaan awal minggu ini.

Selepas data pekerjaan NFP AS minggu lalu, tumpuan akan diberikan pula pada terbitan data inflasi AS pada sesi New York malam ini.

Mata wang Euro juga menjadi tumpuan dengan memanfaatkan kenaikan nilainya ke atas penyusutan US dolar, sementar pelabur menantikan sama ada European Central Bank (ECB) akan menaikkan kadar sebanyak 50 mata asas atau tidak.

Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD di awal minggu, corak harga agak bercampur namun kenaikan ke paras ketinggian terbaru berjaya dicapai sekitar 1.07500 setelah sempat menurun ke 1.06600 dahulu.

Mengatasi ketinggian pada lonjakan ketika reaksi laporan NFP Jumaat lalu, harga yang juga bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD masih mencadangkan pergerakan bullish.

Kenaikan kekal dijangka untuk menuju paras tumpuan seterusnya pada 1.08000 untuk terus mencatatkan paras tertinggi terbaru 4 minggu.

Namun jika berlaku penurunan harga semula, susut di bawah paras 1.07000 dan melepasi sokongan MA50 akan memberi isyarat awal perubahan trend.

Penurunan lanjut harga bakal diteruskan menuju sekitar 1.06000 atau zon support pada 1.05000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat