FANTOM – Platform Kontrak Pintar, Berdiri Dengan Mekanisme Tersendiri

138

Fantom merupakan platform kontrak pintar directed acyclic graph (DAG) yang menyediakan perkhidmatan kewangan desentralisasi (DeFi) kepada pemaju dengan menggunakan algoritma konsensus tersendiri.

Mekanisme tersebut ialah Lachesis yang mana menjanjikan kapasiti yang lebih tinggi dan peningkatan keselamatan berbanding platform yang berasaskan kepada algoritma konsensus Proof-of-Stake (PoS).

Penciptaan rangkaian Fantom juga adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan platform kontak pintar khususnya dalam aspek kelajuan transaksi.

Fantom Foundation ditubuhkan pada tahun 2018 oleh Dr. Ahn Byung lk dan kemudiannya pada masa kini CEO kepada platform tersebut adalah Michael Kong.

Penubuhan Fantom Foundation pula adalah untuk mengawasi penawaran terhadap produk Fantom yang mana mainnet Fantom telah dilancarkan secara rasmi pada Disember 2019.

Meneliti kepada carta FTM/USDT, pergerakan harga FTM telah melonjak melebihi 5,000% pada pasaran 2021 sehingga mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru di paras harga $0.95 pada 10 Mei.

Setelah mencatatkan paras ATH $0.95, harga dilihat terus menyusut sekitar 80% yang mana kebanyakan penganalisis menjangkakan kejatuhan tersebut merupakan correction sebelum menyambung kenaikan harga yang lebih drastik.

Menjelang penutupan pasaran pada 22 Mei, harga FTM terus membuat penurunan ke paras sokongan terendah sekitar $0.20 sebelum kembali melonjak dan terus menembusi paras sokongan $0.24.

Sekiranya pergerakan harga FTM terus peroleh momentum kenaikan, paras SBR (support become resistance) sekitar $0.27 dilhat bakal menjadi paras tumpuan seterusnya untuk dituju.

Untuk kenaikan harga yang lebih tinggi, harga dijangka bakal menguji paras SBR berikutnya sekitar $0.32 dan mungkin bakal menguji trendline resistance bagi memberi isyarat yang jelas untuk membuat perubahan trend.

Namun jika harga FTM kembali meneruskan trend bearish, harga dilihat bakal kembali menguji paras sokongan $0.24 sebelum menuju ke paras terendah sekitar $0.21.

Penurunan harga dijangka bakal kembali menguji paras rintangan sekitar $0.14-$0.16 atau terus membuat penurunan ke paras harga yang lebih rendah.

Setakat jam 4.30 petang waktu tempatan, harga FTM terus mempamerkan lonjakan melebihi 17% untuk diperdagangkan di paras harga sekitar $0.25.

Lihat gambar carta matawang kripto FTM/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat