Ini Reaksi Matawang Eropah Susulan Penerbitan Data PMI!

461

Pasaran sesi Eropah telah menyaksikan bacaan yang bercampur-campur dalam data PMI pembuatan dan perkhidmataan yang diterbitkan dari Zon Eropah dan UK pada bulan Jun.

Kegiatan perniagaan Zon Eropah berkembang pada kadar terpantas dalam tempoh 15 tahun pada bulan ini susulan lebih banyak pelonggaran sekatan telah dilaksanakan di kebanyakan negara anggota Eropah, terutamanya dalam bidang hospitaliti.

Sementara sektor pembuatan pula tidak berubah dari rekod tertinggi yang dicatatkan pada bulan Mei, disokong oleh peningkatan daam pengeluaran dan pekerjaan pada tahap paling tinggi sejak tahun 2018.

Jerman yang merupakan ekonomi terbesar di Eropah, menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan dalam kedua-dua sektor, terutamanya dalam aktiviti perniagaan yang menunjukkan peningkatan ketara.

Bagaimanapun, situasi ini berbeza pula di Perancis, di mana sektor pembuatan dan perkhidmatan masing-masing tersasar daripada jangkaan pasaran. Namun, angka yang dicatatkan masih menunjukkan pengembangan positif pada bulan Jun.

Pembacaan yang memberangsangkan ini telah mendorong lonjakan matawang euro untuk meningkat lebih tinggi berbanding US dolar di sekitar harga 1.19400.

Selain itu, pasaran juga dihiasi dengan penerbitan data PMI dari UK yang menunjukkan pertumbuhan yang tidak seperti diharapkan, di mana kedua-dua sektor menunjukkan penurunan pada bulan Jun.

Bagaimanapun, pengembangan dalam kedua-dua sektor masih kekal kukuh, sejajar dengan pelonggaran sekatan Covid-19 yang dilaksanakan secara beransur-ansur.

Menurut Ketua Ekonomi Perniagaan di IHS Markit, terdapat beberapa tanda bahawa pengembangan telah memuncak, kerana pertumbuhan output dan pesanan baru sedikit berkurang berbanding pada bulan lalu.

Matawang pound diniagakan stabil pada 1.3970 berbanding USD ketika pasaran masih meneliti data-data yang baru dikeluarkan sebentar tadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat