FOMC Beri Kelegaan Untuk BTC Kembali ‘Menghijau’!

624

“Pelabur mesti dah tenang semulakan bila tengok harga dah start naik, ke ada yang sedih lagi?”

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) akhirnya berjaya bangkit semula di atas $67,000 setelah Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar faedah 5.25% sehingga 5.5% seperti dijangkakan semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) awal pagi tadi.

Bukan itu sahaja, Fed turut mengekalkan unjuran tiga pemotongan kadar faedah pada tahun ini, oleh itu ia telah mengurangkan kebimbangan seluruh pasaran kripto berhubung pendirian hawkish akan dilakukan bank pusat Amerika Syarikat (AS).

Namun, “dot plot” iaitu tinjauan ahli jawatankuasa Fed tentang kadar faedah sepanjang tahun depan telah menunjukkan hanya seorang peserta sahaja menjangkakan terdapat lebih daripada tiga pemotongan pada tahun ini berbanding lima ahli lain.

Rentetan itu, QCP Capital yang merupakan dana lindung nilai kripto berkata bahawa harga BTC mampu merudum semula sekiranya dot plot melihat kurang pemotongan kadar faedah untuk tahun ini dan bukannya tiga.

Sebelum pengumuman FOMC, kebanyakan peserta pasaran kripto menetapkan pemotongan kadar faedah pertama pada Jun 2024 tetapi kini mereka meletakkan kemungkinan 70% untuk sekurang-kurangnya satu pemotongan menjelang Jun.

Keputusan itu menyusuli laporan Indeks Harga Pengguna (CPI) dan Indeks Harga Pengeluar (PPI) yang luar daripada jangkaan sehingga mencetuskan kebimbangan mengenai Fed yang mungkin mengekalkan keadaan kewangan ketat dan menangguhkan pemotongan kadar faedah.

Menurut firma pengurusan aset digital 21Shares pada Rabu semalam, dasar monetari lebih ketat akan menyebabkan pelabur kurang berminat dalam pasaran kewangan manakala kadar faedah lebih rendah meningkatkan daya tarikan kelas aset seperti kripto.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 8.25% pada paras $67,869 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion tetapi masih mencatatkan penurunan 6.82% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat