[FOMC] Powell Bernada Dovish, FED Kekal Unjuran 3 Kali ‘Cut Rates’ Pada 2024

1,053

Pastinya seluruh tumpuan penuh pasaran terarah kepada keputusan mesyuarat FOMC yang berlangsung pada awal pagi tadi dan memberi impak besar terhadap situasi pasaran semasa.

Seperti dijangkakan, Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 5.50% sebelum perhatian diberikan kepada ucapan susulan oleh Pengerusi Jerome Powell.

Berikut adalah beberapa kenyataan tumpuan yang disampaikan oleh Powell;

  • Sasaran inflasi 2% kekal menjadi okjektif utama
  • Ekonomi bergerak baik, pekerjaan dalam keadaan kukuh
  • Jika pasaran buruh mula merosot, ini akan menjadi faktor untuk turunkan kadar faedah
  • Kadar faedah tinggi telah membebankan pelaburan pendapatan tetap perniagaan
  • Fed akan terus memerhati data inflasi untuk lebih yakin beralih ke arah pelonggaran dasar
  • Fed perlu berhati-hati menentukan waktu untuk mulakan pemotongan kadar faedah
  • Tiada keputusan dibuat untuk mesyuarat masa hadapan, akan bergantung kepada data

Pasaran menghadam ucapan oleh Powell dan menilai kenyataan yang disampaikan itu secara keseluruhannya adalah bernada dovish.

Berdasarkan carta dot plot, pelabur melihat isyarat bahawa Fed mengekalkan unjuran untuk 3 kali pemotongan kadar faedah pada tahun ini dengan pengurangan sebanyak 75 mata asas.

Namun unjuran untuk pemotongan kadar pada tahun 2025 berkurang sebanyak 1 kali iaitu kepada 3 kali, dan 3 kali lagi pemotongan diunjurkan pada 2026.

US dolar alami penyusutan sangat ketara selepas mesyuarat tersebut sekaligus menghilangkan semula keuntungan yang telah diraih dari awal minggu.

Situasi ini juga telah memberi tempias kepada pasaran lain termasuk lonjakan pada pasaran saham dan kripto.

Begitu juga pasaran komoditi yang menyaksikan harga emas melonjak mencapai paras $2,222 menjadi rekod tertinggi terbaru sepanjang masa emas dalam sejarah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat