GBP/JPY Susut Balik Lepas Capai Paras Paling Tinggi 9 Minggu!

104

Carta harga pasangan mata wang GBP/JPY telah menunjukkan corak penurunan untuk beberapa hari ini menuju ke penghujung minggu.

Pound kembali didagangkan lemah semula gagal mempertahankan pengukuhan yang telah dipaparkan ketika data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK diterbitkan pada Selasa lalu.

Sementara Yen pula dilihat memberi tekanan terhadap Pound yang semakin suram.

Tumpuan terarah pada ucapan calon Gabenor Bank of Japan (BOJ), Kazuo Ueda pada awal sesi Asia pagi ini (Jumaat) berkenaan pandangan beliau terhadap dasar monetari bank pusat.

Pelabur masih tidak melihat kecenderungan beliau ke arah sama ada hawkish ataupun dovish dalam penetapan dasar, dan gagal memacu pergerakan jelas mata wang Yen dalam pasaran.

Meneliti carta GBP/JPY minggu ini, harga telah mencapai ketinggian pada 163.700 pada lonjakan Selasa lalu.

Ini adalah paras tertinggi yang telah dicatatkan harga untuk tempoh dagangan 9 minggu.

Menuju ke penghujung minggu ini, harga semakin menyusut dan menyambung dagangan pada hari ini (Jumaat), harga berlegar di bawah paras 162.00.

Penurunan lebih rendah akan dijangkakan dengan isyarat bearish harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/JPY tersebut.

Harga dilihat akan menuju ke paras 160.500 yang telah menjadi paras sokongan harga minggu lalu.

Menembusi paras tersebut akan mensasarkan penurunan lebih rendah mencecah sekitar 157.700.

Namun jika harga melonjak semula di atas paras 162.00 dan turut melepasi halangan MA50, harga berkemungkinan menyambung kembali kenaikan dan menuju ketinggian dicapai sebelum ini.

Seterusnya, harga akan menuju ke paras 164.500 untuk menguji zon rintangan tersebut sekaligus mencatatkan paras tertinggi terbaru.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat