[Trivia] Apa Mata Wang Kripto Pertama Wujud Sebelum Bitcoin?

1,316

“Kita je yang tak tahu, rupanya sebelum BTC ada banyak lagi kripto lain.”

Kebanyakan pelabur pasti berpandangan Bitcoin (BTC) adalah mata wang kripto pertama yang diwujudkan, namun hakikatnya terdapat aset digital lain sebelum BTC. Anda ingin mengetahuinya? Mari baca butiran di bawah ini.

Mata Wang Kripto Pertama

eCash

Pada tahun 1983, ahli kriptografi Amerika Syarikat (AS) bernama David Chaum berhasrat membangunkan elektronik cash sama seperti kripto zaman kini yang boleh dipindahkan antara individu secara selamat dan persendirian.

Termasuk laksanakan “blinding formula” untuk digunakan sebagai encrypt maklumat yang dihantar antara individu.

Rentetan itu, Chaum telah mengasaskan DigiCash untuk mencipta wang elektronik kriptografi pertamanya digelar eCash. Walaupun DigiCash muflis pada tahun 1998, idea dikemukakannya dan beberapa formula memainkan peranan penting dalam membangunkan kripto seterusnya.

Mata Wang Kripto Awal Yang Lain

E-Gold

Pada tahun 1996, Dr Douglas dan Barry Downey mencipta wang elektronik yang terikat dengan pemilikan emas. Mata wang digital ini membenarkan pengguna memindah pemilikan emas antara pengguna website.

Bit Gold

Nick Szabo mencipta konsep yang akhirnya membawa kepada penciptaan BTC. Konsep ini dipanggil Bit Gold, di mana ia menggunakan banyak teknik blockchain sama seperti rangkaian peer-to-peer, mining, ledger dan kriptografi.

B-Money

Pada tahun 1998, pembangun Wei Dan mencadangkan sistem B-money yang digunakan untuk memindahkan mata wang melalui rangkaian decentralized. Sistem ini juga termasuk cara penguatkuasaan kontrak dalam rangkaian tanpa menggunakan pihak ketiga.

Hashcash

Dibangunkan pada pertengahan 1990-an, Hashcash adalah mata wang digital pra-BTC paling berjaya yang direka untuk pelbagai tujuan seperti meminimumkan spam e-mel.

Hashcash juga menggunakan algoritma Proof-of-Work (PoW) untuk membantu penjanaan dan pengedaran aset digital baharu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat