Hei Rakyat Malaysia! Tengok Ni Inflasi Turun Lagi

1,074

Kadar inflasi tahunan Malaysia terus menunjukkan penurunan pada bulan Januari 2023 dengan catatan 3.7% daripada 3.8% yang direkodkan pada Disember.

Ia merupakan bacaan terendah yang sejak Jun 2022, dan turun lebih jauh daripada puncak 4.7% yang dicatatkan pada bulan Ogos.

Berikut merupakan ringkasan data inflasi bulan lalu yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Negara (DOSM).

  • Kategori makanan dan minuman bukan beralkohol naik 6.7% pada November berbanding 6.8% ketika Disember 2022.
    • Sub kategori makanan di rumah meningkat 5.1% dari 4.9%.
    • Sub kategori makanan dari luar rumah turun 9.3% daripada 9.6%.
    • Sub kategori roti, nasi dan bijirin lain susut 6.7% daripada 7.0%.
    • Sub kategori minyak masak merosot 0.7% daripada 1.0%.
    • Sub kategori daging lonjak 8.3% daripada 7.8%.
    • Sub kategori buah-buahan naik 4.4% daripada 4.0%.
    • Sub kategori ikan dan makanan laut kukuh 3.2% daripada 2.9%.
    • Sub kategori sayur-sayuran tambah 1.0% daripada 0.9%.
    • Sub kategori susu, keju dan telur susut 7.0% daripada 7.1%.
    • Sub kategori gula, jam, madu, coklat dan manisan turun 3.4% daripada 4.1%.
  • Kategori minuman beralkohol dan tembakau tokok 0.8% daripada 0.7%.
  • Kategori pakaian dan kasut tambah 0.5% daripada 0.4%.
  • Kategori perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain mendatar 1.5%.
  • Kategori perabot, barangan perumahan dan penyelenggaraan perumahan jatuh 3.5% berbanding 3.7%.
  • Kategori kesihatan naik 1.6% berbanding 1.3%.
  • Kategori pengangkutan susut 4% berbanding 4.9%.
  • Kategori komunikasi turun -1.4% daripada -0.1%.
  • Kategori perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan lonjak 2.7% berbanding 2.4%.
  • Kategori pendidikan kurang 1.3% berbanding 1.4%.
  • Kategori restoran dan hotel jatuh 6.8% berbanding 7.4%.
  • Kategori barangan dan perkhidmatan lain tidak berubah 2.3%.

Selain itu, inflasi di kawasan bandar turun kepada 3.7% berbanding 4.0% dan kawasan luar bandar juga susut pada 2.7% daripada 2.8% sebelumnya.

Dalam pada itu juga Malaysia mencatat bacaan inflasi terendah berbanding beberapa negara lain, Eropah (8.5%), Amerika Syarikat (6.4%), Filipina (8.7%), Indonesia (5.3%), Thailand (5.0%) dan Korea Selatan (5.2%).

Nak tahu lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom join komuniti kami! ~ KLIK sini 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat