GBP/USD Lonjak Sekitar 300 Pips Selepas Mesyuarat FOMC & BOE

307

Tahukah anda harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD sudah melonjak sekitar 300 pips sejak semalam?

Trader Pound senang-senang je kaut untung ketika mesyuarat bank pusat berlangsung minggu ini.

Mesyuarat polisi Bank of England (BOE) semalam menepati ramalan untuk kadar faedah dikekalkan di paras 5.25% mengikuti jejak langkah Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat FOMC yang berlangsung awal pagi sebelumnya.

Berbeza berbanding Pengerusi Fed Jerome Powell yang dilihat jelas sedang menuju ke arah pelonggaran dasar monetari, gabenor BOE Andrew Bailey pula dilihat masih kekal dengan pendirian ‘hawkish’ mereka yang menyokong Pound untuk melonjak.

Di samping faktor penyusutan US dolar yang ketara juga, harga pada carta GBP/USD telah berjaya mencatatkan paras ketinggian terbaru 4 bulan.

Pada mulanya harga yang dilihat melonjak dari paras 1.25000 melepasi 1.26000 ketika FOMC, dan kemudiannya melanjutkan corakn kenaikan menembusi zon rintangan pada dagangan penghujung November lalu iaitu pada 1.27000.

Tidak terhenti setakat itu, harga terus memuncak hampir menyentuh paras 1.28000 namun mula memperlahankan pergerakannya di penutup sesi New York dan harga kekal ‘bertenang’ menyambung pembukaan sesi Asia pagi ini (Jumaat).

Dengan momentum yang telah diperlihatkan, kecenderungan adalah untuk harga meneruskan kenaikan lebih tinggi melepasi 1.28000 dan mensasarkan untuk capai ketinggian terbaru lagi pada 1.29000.

Waspada sekiranya harga membuat penurunan semula pada kebiasaan perubahan arah harga di sesi-sesi akhir penghujung minggu, harga bakal kembali semula ke sekitar 1.27000.

Jika tembus ke bawah, ini akan menjadi amaran kepada pelabur untuk berwaspada dengan risiko kejatuhan harga lebih rendah semula.

Paras 1.26000 dan 1.25000 akan menjadi tumpuan jika pergerakan bearish harga berlaku semula.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat