Kenapa Solana Tiba-Tiba Bangkit Semula? Ini Jawapannya!

918

“Anda rasa boleh ke harganya teruskan kenaikan sehingga $80?”

Sejurus selepas mencecah $77, mata wang kripto Solana beransur-ansur melakukan pelantunan semula di bawah $64 pada 13 Disember 2023 tetapi harganya tanpa melengahkan masa berjaya bangkit semula bagi mencapai lebih $76.

Suka dimaklumkan kenaikan harga SOL telah didorong oleh tiga faktor, antaranya adalah mesyuarat Federal Reserve (Fed) pada 13 Disember 2023 mengenai jangkaan tiga pemotongan kadar faedah sepanjang tahun 2024.

Bukan itu sahaja, kenaikan harga SOL juga disebabkan permintaan token SPL* yang semakin meningkat apabila pasukannya melakukan penyepaduan bersama bursa kripto Coinbase dan Binance yang memang sudah dikenali ramai.

*Mentakrifkan piawaian operasi untuk fungible dan NFT pada blockchain SOL

Airdrop bagi protokol staking liquid yang menghasilkan lebih $14,300 untuk setiap peserta berdasarkan harga semasa Jito (JITO)** pada $2.90 turut mendorong permintaan sangat besar terhadap SOL susulan pedagang perlu berinteraksi dengan aplikasi ekosistem decentralized untuk mendapatkan airdrop.

*Protokol LST kedua terbesar untuk pengguna SOL yang ingin berdagang dan meminjam terhadap token SOL yang telah mereka kunci dengan validators

Menerusi pemerhatian, data rangkaian SOL menunjukkan peningkatan 12% dalam urus niaga tujuh hari manakala volum aplikasi decentralized (DApps) aset digital itu turut melonjak 83% diikuti pasaran non-fungible token (NFT) Rarible yang memiliki 510,940 address aktif.

Jumlah nilai terkunci (TVL) dalam rangkaian SOL pula mencapai tahap tertinggi sejak November 2022 sebelum keruntuhan FTX, di mana TVL semasa sebanyak $930 juta mewakili pertumbuhan 80% berbanding bulan sebelumnya.

Jadi di sini dapat dilihat momentum kenaikan harga SOL adalah susulan daripada persekitaran kawal selia lebih baik, peningkatan permintaan untuk token dan airdrop SPL serta aktiviti rangkaian lebih tinggi termasuk pasaran DeFi dan NFT.

Setakat penulisan ini, harga SOL melonjak sebanyak 5.78% pada paras $76 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $32 bilion seterusnya merekodkan kenaikan 5.83% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat