IMF Yakin Ekonomi Malaysia Berpotensi Naik 4.3% Pada 2024

193

Terbaru, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangka ekonomi Malaysia akan meningkat sedikit kepada 4.3% pada 2024. Ia disokong oleh penggunaan dan pelaburan swasta yang berdaya tahan serta pemulihan dalam perbelanjaan awam.

Berdasarkan kenyataan Lamin Leigh, Ketua Kumpulan IMF dalam End-Of-Mission ke Malaysia berkata negara ini telah mengharungi cabaran ekonomi dengan baik dan akan berkembang pada 4% pada 2023.

Katanya lagi, sektor swasta kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan sepanjang tahun ini dan disokong oleh pasaran buruh yang sihat.

Walau bagaimanapun, eksport rakan dagangan utama Malaysia melemah disebabkan oleh permintaan luar yang lembab dan kelembapan ekonomi China. Data inflasi utama dan teras menjadi sederhana dengan inflasi utama diunjurkan pada 2.9% pada 2023.

Leigh juga berkata inflasi yang diunjurkan akan menyederhana lagi kepada 2.7% pada tahun depan walaupun ketidaktentuan di sekitar unjuran inflasi kekal termasuk pembaharuan subsidi.

Pada Oktober lalu, Belanjawan 2024 mencadangkan laluan penyatuan fiskal untuk membina semula penampan, mengurangkan hutan negara dan mengurangkan risiko fiskal.

Pelan ini harus disokong dengan tindakan yang memberi impak tinggi seperti cukai penggunaan yang teliti, peruntukan dalam pelaburan kritikal dan sasaran yang ditetapkan kepada isi rumah yang berpendapatan rendah.

Leigh juga berkata dasar monetari perlu meneruskan kecenderungan dalam pengetatan oleh bank pusat dalam jangka masa dekat bagi memastikan inflasi terkawal. Ianya wajar kerana ekonomi Malaysia memerlukan data inflasi teras yang lebih tinggi dan pembaharuan subsidi yang berterusan.

Pelaksanaan inisiatif dasar di bawah rangka kerja Ekonomi Madani, kajian pertengahan penggal Rancangan Malaysia Ke-12 dan pelan strategik negara perlu dipercepatkan untuk menyokong pertumbuhan jangka sederhana dan mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat