Harapan Pelabur Hancur, Ucapan Hinman Tak Dapat Bantu XRP!

1,514

“Kenapa harga XRP naik tinggi kemudian turun laju lepas dokumen Hinman Speech dikeluarkan?”

Harganya berjaya mencapai $0.56 apabila kes berpanjangan antara Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) dan Ripple (XRP) akhirnya mengeluarkan dokumen digelar Hinman Speech semalam, iaitu elemen utama dalam pertempuran undang-undang mereka.

Kandungan dokumen itu yang mendedahkan pengawal selia pada tahun 2018 tidak menganggap “token lockups”* sebagai sekuriti membawa makna ia relevan dan berguna untuk mata wang kripto lain mempertahankan diri mereka daripada dakwaan SEC.

*Mengehadkan kebolehpindahan token, termasuk yang diterima daripada airdrop, tawaran syiling permulaan (ICO), atau acara jualan untuk tempoh tertentu

Malangnya, harga XRP menjunam semula di bawah $0.52 apabila beberapa ratus halaman dokumen dan e-mel berhubung Hinman Speech yang difailkan oleh pasukan undang-undang, Brad Garlinghouse dan Charis Larsen telah tersedia untuk semakan dan penelitian awam.

Sudah sedia maklum dokumen Hinman merujuk pada komunikasi dalaman SEC mengenai ucapan 2018 diberikan oleh Bekas Pengarah bahagian Kewangan Corporation, William Hinman, di mana ia menghuraikan pendirian SEC terhadap kripto seperti Ethereum (ETH).

Menerusi dokumen diterbitkan pada hari Selasa semalam, SEC yang menganggap “token lockup” dan keluaran seterusnya sebagai petanda bukan sekuriti menunjukkan bahawa token unlocks XRP tidak boleh dianggap sekuriti.

Menurut Stuart Alderoty, Ketua Pegawai Undang-undang XRP berkata ucapan Hinman telah berpecah daripada faktor Howey dan jurang kawal selia, oleh itu dokumen tersebut tidak sokong dakwaan SEC terhadap XRP tetapi ia masih wujudkan kekeliruan lebih besar dan bukannya berikan kejelasan.

Hal ini kerana Hinman hanya mencerminkan pandangan peribadinya sahaja, namun pada tahun 2018 SEC menganggapnya sebagai panduan.

Oleh demikian, pengeluaran dokumen itu telah timbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapannya dan komuniti XRP sedang tunggu keputusan daripada Hakim Torres memandangkan kandungan e-mel Hinman tidak bawa sebarang perubahan ditambah pula panduan pengawal selia masih tidak jelas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat