Harga Cecah ATH Baru, MicroStrategy Nak Tambah Lagi BTC!

432

“Terbaiklah MicroStrategy, semangatnya untuk kumpul sebanyak mungkin BTC tak pernah pudar.”

Harga Bitcoin (BTC) mengukuh sehingga $73,625 apabila MicroStrategy yang memenuhi beberapa kewajipan korporat am melalui dana bercagar berhasrat menambah lagi pegangannya dalam mata wang kripto tersebut kira-kira $500 juta.

Sehingga 10 Mac 2024, MicroStrategy memiliki 205,000 unit BTC bernilai $6.91 bilion yang dibeli semasa harganya berada pada $33,706 dan firma tersebut sekali lagi menawarkan Convertible Senior Notes* yang akan dibayar pada tahun 2031 dalam tawaran peribadi untuk mengekalkan strategi BTC mereka.

*Sekuriti hutang yang mengandungi pilihan di mana nota itu akan ditukar kepada jumlah yang telah ditetapkan bagi saham penerbit.

Dalam jangka panjang, Convertible Senior Notes boleh ditukar dalam tunai, saham-saham biasa kelas A MicroStrategy atau gabungan tunai dan saham-saham kelas A tersebut, tetapi semuanya perlu dilakukan pada pilihan raya MicroStrategy.

Suka dimaklumkan para pemegang Convertible Senior Notes memegang hak untuk menghendaki MicroStrategy membeli semula secara tunai kesemua atau mana-mana bahagian notes mereka sehingga 15 September 2028.

Firma tersebut rancang bagi menyediakan pembeli awal notes dengan pilihan untuk membeli dalam masa 13 hari bermula tarikh nota pertama dikeluarkan sehingga tambahan $75 juta jumlah aggregate principal untuk notes.

Sebagai sebuah firma yang berminat mengekalkan strategi BTC tanpa gagal, lebih banyak jualan Convertible Senior Notes oleh MicroStrategy mungkin berlaku lebih kerap susulan ia jadi agak popular selepas syarikat kripto termasuk Coinbase didapati meneroka tawarang hutang.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 1.89% pada paras $72,796 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion seterusnya mencatatkan kenaikan 10.48% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat