Harga Tak Henti Naik, ETH Dijangka Capai Hingga $3,500?

921

“Wow, maksudnya harga sekarang akan meneruskan kenaikan lagi la?”

Ethereum (ETH) yang merupakan mata wang kripto kedua terbesar selepas Bitcoin (BTC) telah mempamerkan pergerakan sangat menakjubkan apabila harganya berjaya mencapai $2,390 iaitu paras tidak pernah dilihat dalam tempoh 18 bulan lalu.

Sungguhpun BTC pada masa ini telah menghentikan seketika momentum kenaikannya, para pelabur kini mula mengalihkan tumpuannya pada ETH dan pelbagai altcoin lain di mana mereka menjangkakan harganya akan naik sehingga paras $3,500.

Menerusi pemerhatian, terdapat tingkah laku berbeza antara wallet bukan pertukaran dan pertukaran susulan 150 address wallet bukan pertukaran teratas telah memegang 54.6 juta ETH manakala pegangan wallet pertukaran jatuh ke terendah 5 tahun pada 9.3 juta ETH.

Trend kenaikan jangka panjang ETH yang menggalakkan telah menunjukkan peningkatan kekayaan untuk wallet whales bukan pertukaran teratas dan mengurangkan kuasa jualan untuk wallet whales pertukaran teratas, jadi harganya dijangka akan naik lebih tinggi.

Semasa mesyuarat ACDE baru-baru ini, pembangun berpendapat ETH kini berada di landasan betul untuk melaksanakan fork Dencun testnet Goerli pada Januari 2024 di mana majoriti pasukan sedang bersedia dalam menjalankan ujian fork testnet.

Dencun bertujuan meningkatkan ketersediaan data untuk rollup layer-2* melalui proto-dansharding** yang akan membawa penurunan dalam kos urus niaga rollup kemudian memberi manfaat kepada pengguna akhir.

*Bertanggungjawab untuk melancarkan transaksi dengan menggabungkannya sebelum menerbitkannya ke rantaian layer-1, biasanya melalui rangkaian sequencers

**Cadangan penambahbaikan Ethereum (EIP) yang akan memperkenalkan ruang storan sementara yang boleh digunakan oleh rollup layer-2 untuk menghasilkan daya urus niaga yang lebih tinggi

Bukan itu sahaja, Dencun juga dapat meningkatkan skalabiliti ETH melalui rollup, pengoptimuman yuran gas, peningkatan keselamatan rangkaian dan pelaksanaan pelbagai kemas kini.

Menerusi pemerhatian pada carta harga, ETH perlu melepasi zon rintangan seterusnya pada $2,411 untuk naik sehingga $2,732, tetapi perlu diketahui harganya juga boleh buat lantunan semula pada $2,070 atau meneruskan penurunan ke $1,910.

Sehingga berita ini ditulis, harga ETH melonjak sebanyak 5.58% pada paras $2,373 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $285 bilion seterusnya merekodkan pendakian 13.57% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat