Analisis GOLD – Dagangan Emas Akan Jadi ‘Senaman Jantung’ Untuk Pelabur!

2,144

Tiada perubahan ketara yang berlaku pada pergerakan harga emas untuk beberapa hari yang lalu yang kekal mendatar menuju dagangan penghujung minggu.

Namun, penganalisis menjangkakan bakal ada reaksi ketara yang dipaparkan di sesi New York sebentar lagi ketika tumpuan diberikan sepenuhnya kepada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS).

Ini akan menjadi indikator penting dalam pasaran terutamanya bagi Federal Reserve (Fed) dalam penetapan dasar monetari mereka yang selanjutnya.

Majoriti pasaran melihat pelonggaran dasar sebagai arah yang sedang dituju oleh Fed menjelang tahun 2024, justeru data malam ini akan menjadi petunjuk tambahan terhadap jangkaan tersebut.

Jika diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga mengekalkan corak mendatar untuk hari keempat berturut-turut selepas terjunan ketara berlaku di awal minggu.

Harga telah papar kejatuhan dari puncak tertinggi sejarah pada 2140.00, menjunam hingga sekitar 2010.00 pada Selasa lalu.

Kemudian harga mendatar pada zon 2020.00-2030.00 sehingga ke hari ini (Jumaat).

Pergerakan harga pada Khamis semalam yang dilihat meniti di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) sedikit memberi kelegaan kepada pelabur sebagai isyarat awal untuk kebarangkalian harga akan pulih membuat kenaikan semula.

Namun, semuanya akan bergantung pada bacaan laporan NFP sebentar lagi, dan situasi tersebut membuatkan pelabur kekal berjaga-jaga sejak beberapa hari lalu.

Sekiranya harga emas berjaya melonjak semula, rintangan awal pada 2050.00 akan menjadi tumpuan sebelum kenaikan diteruskan ke sasaran 2070.00.

Sebaliknya jika harga emas menjunam, pelabur akan menjangkakan reaksi harga diperlihatkan pada paras tumpuan 2000.00.

Dagangan pada sesi New York dijangka akan berisiko dengan pergerakan harga yang volatile, justeru pelabur dinasihatkan untuk berhati-hati mengawal risiko dagangan masing-masing.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat