Helium Berhijrah Ke Solana! HNT Bersedia Untuk Terbang Tinggi?

337

“Harapnya harga HNT dapat naik la lepas pembaharuan ini.”

Selepas bersungguh-sungguh mengerjakan pembaharuan dalam tempoh 12 bulan, pembangun utama Helium (HNT) akhirnya berjaya menyelesaikan naik taraf rantaian HNT ke Solana (SOL).

Diperjelaskan lebih terperinci, naik taraf tersebut akan mewujudkan skalabiliti, perkembangan dan kebolehpercayaan yang lebih teguh, efisien dan telus untuk rangkaian wireless decentralized terbesar di dunia.

Pembangun SOL berkata bahawa naik taraf HNT tersebut adalah salah satu contoh yang bagus dalam meneliti bagaimana projek infrastruktur fizikal decentralized mampu memberi utiliti sebenar kepada para pengguna.

Menurut pembangun HNT pula dalam satu kenyataan, antara sebab pasukannya memilih SOL adalah untuk memperoleh lebih banyak utiliti, kelajuan transaksi yang lebih pantas serta keupayaan kontrak pintar baharu.

Suka dimaklumkan peralihan rangkaian HNT ke SOL membawa makna bahawa pembangun utama tidak perlu lagi mengekalkan blockchain layer-1.

Tambahan itu, HNT bukan sahaja dapat membangunkan aplikasi baharu dalam ekosistem baharunya malah yayasan mereka dan organisasi lain dapat saling bekerjasama dalam mempercepatkan pertumbuhan rangkaian wireless decentralized.

Susulan itu, HNT berpotensi untuk melonjak lebih tinggi pada masa hadapan, di mana kini harga aset digital tersebut turun sedikit pada paras $1.77 dalam tempoh 24 jam terakhir selepas raih sebanyak 17% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat