Impak NFP Terhadap USD Sudah Dijangka, Tumpuan Beralih Kepada CPI AS!

743

Dagangan sesi terakhir minggu lalu memberi impak terhadap pergerakan US dolar di mana laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) menjadi tumpuan setelah dinanti-nantikan sepanjang minggu tersebut.

Meneliti laporan untuk bulan Februari, pertambahan pekerjaan adalah positif dengan peningkatan 275,000 mengatasi ramalan 198,000 juga bacaan bulan sebelumnya pada 229,000 yang telah dikemaskini.

Namun, menjadi kebimbangan apabila kadar pengangguran melonjak ke paras 3.9% berbanding ramalan untuk kekal pada 3.7%.

Dan purata upah pula adalah lebih rendah iaitu 0.1% lebih rendah dari ramalan, menurun dari bacaan 0.5% bulan sebelumnya.

Pasaran menilai laporan tersebut menunjukkan sektor pekerjaan di Amerika suram walaupun berlaku pertambahan pekerjaan yang positif untuk Februari.

US dolar alami penyusutan pada awal laporan diterbitkan, namun sedikit pulih ketika dagangan menghampiri penutup tirai minggu itu.

Tumpuan pasaran seterusnya akan beralih kepada data inflasi AS yang akan diterbitkan minggu ini untuk terus mengintai petunjuk terhadap hala tuju dasar monetari Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat FOMC minggu hadapan.

Pasaran kekal melihat langkah pemotongan kadar faedah oleh Fed akan bermula pada Jun, namun sebarang petunjuk terbaru berupaya mengubah unjuran tersebut.

Pelabur berkemungkinan akan melihat tekanan yang semakin meningkat ke atas dagangan US dolar sekiranya data-data yang hadir memberi isyarat ekonomi AS yang semakin perlahan.

Kecenderungan akan lebih memihak kepada desakan terhadap Fed untuk beralih ke arah pelonggaran dasar.

Kesan penyusutan US dolar di penghujung minggu, dagangan emas antara yang mencuri tumpuan dalam pasaran apabila harga emas memecah rekod dengan mencatatkan harga paling tinggi sepanjang masa terbaru iaitu pada $2,195.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat