Ingat Nak Naik, Sekali GBP/USD Junam 150 Pips Di Sesi New York!

193

Pada awalnya dijangka seperti harga hendak memulih, namun situasi berubah lebih buruk pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam berikutan berdepan gelora di sesi New York.

Mempengaruhi pergerakan harga adalah terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tumpuan utama minggu ini, dengan bacaan inflasi tahunan pada Julai meningkat kepada 3.2% berbanding 3.0% sebelum ini, namun sedikit tersasar dari ramalan 3.3%.

US dolar yang pada mulanya melemah ketika data diterbitkan telah membuatkan harga melonjak mengatasi ketinggian minggu lalu pada 1.27900 dan kemudiannya mencapai paras 1.28000.

Tidak berapa lama kemudian, US dolar kembali mengukuh semula dan memberi tekanan kepada mata wang Pound dengan harga telah menjunam sekitar 150 pips!

Penurunan harga turut menembusi paras sokongan pada 1.27000 dan mencecah sekitar 1.26700 pada penutupan sesi New York.

Pergerakan harga mendatar di sekitar itu menyambung dagangan sesi Asia pagi ini (Jumaat) dengan isyarat bearish setelah harga berada semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.

Penurunan lanjut akan dijangkakan untuk menuju ke zon support pada 1.26000 untuk merekodkan paras terendah terbaru 6 minggu.

Namun jika harga melonjak semula di atas paras 1.27000 dan turut melepasi halangan MA50, corak kenaikan boleh dijangkakan pada penutupan sesi-sesi akhir untuk minggu ini.

Kenaikan boleh menuju semula ke zon 1.28000, namun berkemungkinan agak sukar berikutan kecenderungan untuk US dolar mengukuh bakal menghadkan kenaikan.

Pelabur akan menantikan terbitan data pertumbuhan ekonomi UK di sesi Eropah yang bakal pengaruhi mata wang Pound, sebelum di sesi New York pula, tumpuan akan terarah pada data inflasi pengeluar (PPI) AS dan sentimen keyakinan pengguna AS.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat