Presiden Biden Bimbang, China Ibarat ‘Bom Jangka’

489

China seperti ‘bom jangka’ yang akan mengancam seluruh dunia disebabkan kelemahan ekonomi dan demografi semasanya, luah Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.

Berucap dalam satu program pada hari Khamis, Biden berkata China sedang berdepan masalah susulan pertumbuhannya yang perlahan dan bilangan orang dalam umur persaraan melebihi umur bekerja.

“China mempunyai beberapa masalah, dan ia tidak baik kerana apabila orang jahat mempunyai masalah, mereka melakukan perkara yang tidak baik”, ujar Biden.

Kenyataan itu mengingatkan semula kepada komennya terdahulu pada bulan Jun, di mana beliau memanggil Presiden Xi Jinping sebagai ‘diktator’ di mana Beijing menyelar panggilan tersebut sebagai provokasi.

Harga pengguna China jatuh ke dalam deflasi dengan inflasi pengeluar melanjutkan penurunan pada bulan Julai.

Ia secara tidak langsung menandakan bahawa ekonomi gergasi kedua dunia itu mungkin memasuki era pertumbuhan yang lebih perlahan dengan harga dan gaji pengguna yang tidak stabil.

China juga berdepan tekanan berterusan dalam pembangunan teknologinya susulan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

Terdahulu pada Rabu, Biden menandatangani perintah eksekutif yang melarang beberapa pelaburan baharu AS di China dalam teknologi sensitif seperti cip komputer.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat